Brenda Gan akhirnya pulang bertemu isteri dan anaknya

Siapa yang tak kenal dengan nama Brendan Gan kan? Brendan Gan pasti akan mengingati minggu antarabangsa terakhir dalam kalendar 2019 ini selamanya. Mana tidaknya, dia melaporkan diri ke kem kebangsaan ketika isterinya baru sahaja beberapa hari melahirkan anak. Gan menyatakan bahawa dia menolak untuk menggunakan pelepasan khas demi pasukan Malaysia.

Gan menjadi nadi terpenting bagi pasukan Malaysia apabila menang 3 perlawanan antarabangsa tersemasuklah dalam 1 perlawanan persahabatan dan 2 aksi kompetitif. Ketika menang ke atas Thailand, Brendan Gan telah mempamerkan aksi yang sangat memukau dengan menjaringkan gol penyamaan serta membekalkan assist kemenangan buat pasukan Malaysia. Gan meraikan jaringannya dengan gaya bayi menghisap jari yang mana gol tersebut ditujukan buat anaknya yang baru lahir.

Beberapa hari selepas itu, Brendan Gan membantu Malaysia menewaskan pasukan Indonesia untuk menutup tahun 2019 dengan cemerlang bagi skuad kebangsaan. Gan turut memberikan penghargaan dan menzahirkan kegembiraannya kepada penyokong Harimau Malaya.

“Saya tidak pasti sejauh mana saya mampu membantu tetapi tugasan saya kini adalah bersama isteri. Saya perlu membantu isteri saya menguruskan keperluan harian. Ia sesuatu yang sangat mengujakan. Saya bangga dan berbesar hati setiap kali menyarung jersi ini. Sokongan yang diterima sangat hebat malam ini. Gembira dapat menamatkan tahun 2019 dengan kemenangan. Terima kasih semua.”

Syabas dan taniah diucapkan kepada Brendan Gan dan rakan-rakan di atas kecemerlangan aksi mereka pada kali ini.