TERKINI : Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Disember 2024

TERKINI : Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Disember 2024

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan gaji penjawat awam akan dinaikkan bermula 1 Disember depan.

Menurut Anwar, penjawat awam akan menerima pendapatan bulanan keseluruhan minimum RM2,000 di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dirombak.

“Pada masa ini, pendapatan keseluruhan minimum penjawat awam ialah RM1,765. Kriteria dan ukuran baharu akan diperkenalkan, pendapatan keseluruhan minimum termasuk elaun ialah RM2,000.

“Skim itu pada mulanya dirancang untuk dilaksanakan pada Januari tahun depan tetapi akan dilaksanakan untuk gaji Disember mereka.

“Kenaikan gaji kakitangan awam biasanya 13 peratus. Apabila kita memulakan SSPA tahun depan, kenaikan gaji akan lebih tinggi daripada 13 peratus,” ujarnya.

TERKINI : Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Disember 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di acara Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu. (SUMBER FOTO : thesun.my)

Anwar berkata demikian semasa berucap di acara Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Jelasnya kerajaan perlu memperuntukkan RM10 bilion untuk pelaksanaan SPPA tahun depan.

Tambah Anwar lagi, Kerajaan Madani juga akan terus menghargai peranan para pekerja yang dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dan pembangunan negara.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Pengumuman Kenaikan Gaji Sebagai Menghargai Sumbangan Dan Jasa

Pada masa yang sama, Anwar berkata ia adalah antara usaha mengimbangi pendapatan antara pekerja gred rendah dan tinggi dengan kenaikan membabitkan gaji pokok dan bukannya elaun, selain perincian akan dibincang pada mesyuarat Kabinet sebelum diputuskan.

Menyifatkan pengumuman dibuat sempena Hari Pekerja itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa penjawat awam kepada negara, Perdana Menteri pada masa sama mahu golongan berkenaan terus meningkatkan produktiviti, selari kenaikan gaji dinikmati.

Sementara itu, Steven berkata tahun lalu negara mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM329.5 billion, hasil dukungan penjawat awam bagi merealisasikan kejayaan berkenaan.

“Dengan adanya pelaburan ini baru ekonomi kita berkembang, seterusnya akan ada peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih baik. Jadi dia ada hubungan simbiosis ataupun hubungan kerjasama, ia bukan satu persaingan,” katanya.

SUMBER : mstar, bharian

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.