Cara Buat e-KYC KWSP Untuk Pengeluaran Melebihi RM250 Melalui Akaun 3

Cara Buat e-KYC KWSP Untuk Pengeluaran Melebihi RM250 Melalui Akaun 3

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meletakkan had maksimum pengeluaran melalui akaun 3 atau lebih dikenali sebagai akaun fleksibel adalah RM250 sahaja sehari.

Ahli yang ingin membuat pengeluaran wang melebihi RM250 perlu melalui proses e-KYC secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Cara Buat e-KYC KWSP Untuk Pengeluaran Melebihi RM250 Melalui Akaun 3

e-KYC KWSP Untuk Pengeluaran Akaun 3 KWSP

e-KYC iaitu ‘electronic Know Your Customer’ atau pengesahan identiti secara elektrinok adalah satu proses untuk membuat pengesahan identiti melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Proses e-KYC ini membolehkan institusi kewangan dan syarikat memastikan pematuhan terhadap peraturan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan mengelakkan risiko penipuan.

Selain itu, e-KYC juga memberi kemudahan kepada pelanggan dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan meminimumkan keperluan untuk mengunjungi pejabat fizikal untuk pengesahan identiti.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Siapa Yang Perlu Buat e-KYC KWSP?

  • Ahli yang tak pernah ada rekod pengeluaran
  • Ahli yang baru kali pertama memohon pengeluaran
  • Ahli yang memohon pengeluaran akaun 3 (akaun fleksibel) melebihi RM250
  • Ahli yang membuat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang ada dalam rekod data KWSP

Anda akan diminta untuk memuat naik gambar kad pengenalan. Sekiranya tidak berjaya, anda kena hadir ke pejabat KWSP untuk melakukan pengesahan menggunakan cap jari.

Cara Buat e-KYC KWSP Akaun 3

Berikut adalah langkah untuk membuat pengesahan identiti melalui e-KYC KWSP jika pengeluaran melebihi RM250.

  • Log Masuk ke i-Akaun KWSP dan pergi ke bahagian Pengeluaran
  • Kemudian pilih ‘Keluarkan Simpanan Anda’
  • Pilih jenis pengeluaran ‘Akaun Fleksibel’
  • Tetapkan jumlah yang ingin dikeluarkan
  • Masukkan maklumat akaun bank
  • Sahkan butiran pengeluaran anda
  • Seterusnya buat perakuan pengeluaran
  • Kemudian pilih ‘kaedah 1’ untuk membuat proses e-KYC

Untuk membuat proses e-KYC KWSP, anda akan diminta untuk:

  • Mengambil gambar Kad Pengenalan / MyKad dengan jelas
  • Ambil swafoto atau ‘selfie’ yang sepadan dengan MyKad anda
  • Kemudian, sila hantar dan tunggu pengesahan dari KWSP.
Cara Buat e-KYC KWSP Untuk Pengeluaran Melebihi RM250 Melalui Akaun 3

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dalam membuat pengeluaran KWSP, anda boleh layari laman web KWSP untuk info penuh.

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment