Mohon Sekarang: Bantuan kerajaan untuk kanak-kanak, sehingga RM12,000 setahun

Membesarkan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah, banyak kos yang diperlukan untuk memastikan mereka dapat membesar dengan baik. Keadaan kanak-kanak yang menghadapi kekurangan nutrisi di Malaysia bukanlah hal yang baru. Kita dapat lihat ada laporan yang mengatakan 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mengalami pembesaran terbantut.

Disebabkan hal ini, nampaknya kerajaan telah umumkan bantuan untuk kanak-kanak yang memerlukan. Menurut YB Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga & Masyarakat, kadar bantuan 2021 adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : RM200 Sebulan
  • Kanak-kanak 7 tahun – 18 tahun : RM150 Sebulan
  • Dengan kadar maksimum RM1,000 sekeluarga untuk sebulan.

Satu keluarga yang berkelayakan boleh dapat bantuan sehingga RM12,000.00 setahun.

Kelayakan untuk permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah pendapatan keluarga/ penjaga kanak-kanak tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinina (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Untuk kes-kes yang tertentu atau yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
  • Kanak-kanak yang berumur 18 dan ke atas boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah.


Cara Membuat Permohonan Bantuan

Permohonan boleh dilakukan dengan dua cara sama ada melalui Online atau Manual Barang.

Permohonan Online

Pergi ke pautan rasmi berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

Tekan “Daftar Permohonan Atas Talian”.

Pilih Negeri & isikan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

Klik Daftar.

Isikan setiap maklumat peribadi yang diperlukan.

Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah anda dalam tempoh 14 hari dari permohonan online yang telah dibuat.

Bawa sekali dokumen yang berkaitan.


Permohonan Manual

Pergi ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Bawa sekali borang & dokumen yang berkaitan.

Antara dokumen-dokumen yang berkaitan:

  1. Salinan MyKad kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan MyKad Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Salinan Kad OKU (Jika ada)
  4. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  5. Bil Utiliti – salah satu (air/ elektrik/ telefon/ astro)

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN 


Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

No Telefon:

03-8000 8000

Alamat :

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4, 62100 Putrajaya.


Semoga anda berjaya dalam permohonan ini, jangan lupa untuk sebarkan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan. Dalam situasi Covid-19 ni, semangat kita jaga kita harus terus diamalkan!

Tiada ulasan