Program i-Suri KWSP, dapatkan sehingga RM40 sebulan untuk suri rumah. Ini caranya

Suri rumah merupakan elemen terpenting dalam rumah tangga, memandangkan mereka selalu mempunyai banyak pekerjaan. Disebabkan benda ni, kerajaan telah memperkenalkan bantuan khusus untuk mereka. Ia sedikit sebanyak akan membantu meringankan bebanan mereka. Sebenarnya masih ramai orang di luar sana yang tidak tahu akan bentuk bantuan seperti ini wujud di Malaysia. 

Jumlah Bantuan Keseluruhan 

  • Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
  • Tahukah anda, bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM 2,500.
  • Penerima iSuri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  • Bantuan hilang upaya turut disediakan
Kepada sesiapa yang berminat membuat pendaftaran iSuri ini, anda perlu mempunyai kelayakan telah ditetapkan:
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Borang Pendaftaran & Cara Permohonan

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:
Borang i-Suri – KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
Borang i-Suri – KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)

Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut :
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  • Pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

Pastikan anda kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan terdekat yang mempunyai kelayakan, semoga permohonan mereka akan diterima dan berjaya!