Bayaran dan Permohonan Baru Tanpa Syarat i-SINAR: Ini Perkembangan Terbaru

Bagi mereka yang telah memohon untuk pengeluaran wang dari KWSP, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya - agaknya bila wang akan dimasukkan ke dalam akaun? Hari ini KWSP telah melakukan pengumuman untuk memberi penjelasan tentang situasi semasa. Kami harap artikel ni akan membantu korang untuk faham apa yang tengah berlaku. 



Berikutan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula 2 Mac 2021.

Ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat. KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya.

Permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli. Ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia. Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Kami harap artikel ni sedikit sebanyak memberikan korang gambaran tentang bila tarikh pengeluaran dan pendaftaran akan berlaku. Nasihat kami, gunakanlah wang korang baru keluarkan dari KWSP ni dengan bijak. Ingat, mengurus kewangan ni amatlah penting dalam suasana pandemik.


5 ulasan

Muhamadsahi berkata...

Sy k1 sblum 9 januari blum masuk lgi bulan kedua..bulan pertma ja masuk

Admin berkata...

Cuba hubungi KWSP; masalah tu kalau tak masuk lagi.

Unknown berkata...

Suami sya salah isi amaun msih boleh betul kn atau tidak ye

Admin berkata...

Kalau isi salah amount, kena contact KWSP.

Unknown berkata...

realmec22908@gmail.com