Dapatkan bayaran sebanyak RM8,000 dari kerajaan sekiranya anda mengalami penyakit kiritikal. Ini caranya

Perlindungan sosial adalah sesuatu yang penting, namun tak semua daripada kita mampu membeli produk perlindungan, lebih-lebih ketika ramai yang kehilangan kerja dan pendapatan. Beberapa tahun lepas kerajaan ada perkenalkan skim perlindungan masyarakat mySalam yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Syarat-syaratnya;

  • Penerima Bantuan Sara Hidup
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Kategori BSH

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
Senarai Penyakit Kritikal yang dilindungi di bawah MySalam;
1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
6. Pembedahan Otak
7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
16. AIDS Dengan Gejala Penuh
17. Hepatitis Viral Fulminan
18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
19. Pembedahan Injap Jantung
20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Keupayaan Bertutur
24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
27. Sklerosis Multipel
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan Anggota
30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
32. Penyakit Arteri Koronari Serius
33. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
39. Penyakit Sistik Medular
40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
41. Poliomielitis
42. Skleroderma Progresif
43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Kaedah mengetahui adakah anda layak menerima MySalam


Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Kaedah menuntut faedah
Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal www.mysalam.com.my. Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Kita harap dengan MySalam dapatlah sedikit sebanyak membantu untuk melindungi rakyat – terutamanya mereka yang datang dari kelompok B40; sebab kita tak tahu bila kita akan mengalami penyakit kronik seperti ini.