Jawatan Kosong: Pemandu lori dengan gaji yang lumayan untuk dipohon

Memandu lori merupakan di antara pekerjaan yang sering dikaitkan dengan gaji tinggi. Cuma, ia juga datang dengan cabaran yang tersendiri. Kali ini kami bawakan anda jawatan kosong di Atom Corporation Sdn Bhd. Jawatan ini adalah pekerjaan SEPENUH MASA. Gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM2,500- RM3,500 bulanan. Korang kena memohon sebelum 1 April 2021.

Korang boleh semak kelayakan dan tanggungjawab kat bawah ni;

Kelayakan

  • Memiliki sekurangnya pendidikan Sekolah Rendah/Menengah.
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Memiliki lesen memandu yang sah berdasarkan keperluan lori.
  • Seorang yang bertanggungjawab, komited dan berdedikasi terhadap pekerjaan yang ditugaskan.
  • Bersedia bekerja lebih masa jika diperlukan.
  • Boleh bekerja dari hari Isnin hingga Sabtu.

Tanggungjawab

  • Menghantar barang kepada pelanggan seperti yang dinyatakan dalam pesanan penghantaran (DO).
  • Memastikan penghantaran yang selamat dan tepat pada waktunya kepada pelanggan dan semua barang dikendalikan dengan berhati-hati.
  • Membantu pembantu lori semasa memuat dan memunggah barang/stok ke lori setiap hari.
  • Bekerjasama dengan kelindan lori untuk memastikan penghantaran barang dengan kuantiti yang tepat seperti yang ada dalam DO.
  • Menjaga kebersihan lori dan sentiasa bersih serta kemas sepanjang masa.
  • Melaksanakan tugas dan  tanggungjawab lain berkaitan seperti yang ditugaskan oleh pihak atasan dengan segera.

Manfaat

  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Elaun kehadiran
  • Elaun syif malam
  • Elaun kesihatan
  • Bonus tahunan

Bagi mereka yang merasakan diri mereka layak, korang boleh MEMOHON DI SINI. Selamat berjaya kami ucapkan kepada anda semua!