PERMOHONAN BPR 2021: Ini perkembangan terbaharu yang anda perlu tahu

Hari tu kerajaan telah memanjangkan tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hingga 25 Februari ini.

Apa yang paling penting adalah – hanya pemohon yang tak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu buat permohonan baharu.

“Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu (newly vulnerable groups) yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, dengan adanya proses pendaftaran baharu dan kemaskini itu, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk disemak semula.

Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

“Pembayaran Fasa 1 BPR kepada penerima akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari lalu,” katanya sambil menambah bayaran Fasa 2 BPR dijangka dibuat awal bulan Mei 2021.

Pihak berkuasa berkaitan perlu tempoh untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu. Setakat ini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sudah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang dalam sistem.

Pemohon BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kebanyakan pemohon sekarang sedang berada dalam fasa permohonan diproses; kalau korang merupakan salah satu daripada pemohon BPR, boleh jadi permohonan korang pun sedang dalam proses pengkreditan ke akaun bank; tak pun, ada yang telah menerima bayaran.

Bagi mereka yang ingin pergi ke LHDN untuk urusan BPR, korang boleh merujuk jadual di bawah;