Mempunyai bakat dalam bidang grafik dan berumur tidak kurang dari 18 tahun? Ingin menimba pengalaman dalam alam pekerjaan? Ini mungkin peluang anda!


Pusat GENIUS@Pintar Negara dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuka satu jawatan kosong untuk warganegara Malaysia yang berkebolehan dari segi grafik dan sebagainya. 

Sila baca  dengan teliti syarat-syarat dan permohonan di bawah sebelum memohon jawatan ini. 

JAWATAN 

Penolong Pereka Kontrak (B29)

TARAF JAWATAN : 

Kontrak

TEMPOH LANTIKAN : 

1 tahun (Mengikut penilaian prestasi tahunan) 

TARIKH IKLAN : 

22 Februari 2021 

TARIKH TUTUP : 

7 Mac 2021 

DESKRIPSI TUGASAN: 

  1. Bertanggungjawab membantu Pusat untuk menyediakan pelbagai bahan promosi bercetak (contoh poster, banner, bunting) 
  2. Menyediakan pelbagai bahan promosi digital (pada website dan media sosial Pusat)
  3. Menyediakan bahan-bahan multimedia (termasuk suntingan grafik, video dan audio) dan hasil kreatif lain bersesuaian dengan kegunaan Pusat (contoh fotografi, 3D modelling & animasi). 

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK DAN GAJI: 

A. Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)

B. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00)

C. Diploma dalam bidang Seni Kreatif, Seni Bina Dalaman, Seni Lukis atau Seni Reka, animasi, komunikasi massa, multimedia, grafik komunikasi, fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78)

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA CALON BERIKUT: 

  • Berpengalaman dalam mereka bentuk pelbagai seni kreatif terutama bahan-bahan multimedia, bahan-bahan grafik, audio, visual dan bahan-bahan bercetak sekurang-kurangnya 2 tahun. 
  • Bersedia menerima arahan kerja lebih masa, menerima tugasan dalam masa yang singkat atau bila-bila masa sekiranya diperlukan. 
  • Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris. 

  • Mempunyai kenderaan sendiri dan bersedia untuk bekerja di Bangi atau Seremban. 
  • Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh ketua dari masa ke semasa. 

CARA MEMOHON: 

(i) Sila emel RESUME/CV yang lengkap kepada permatapintar@ukm.edu.my 

(ii) Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. 

NOTA TAMBAHAN :

Jika calon TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUMAT SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, CALON DIANGGAP GAGAL MELEPASI SARINGAN PERTAMA. 

Rujukan: 

Perjawatan KQ Pusat GENIUS@Pintar NEGARA, UKM 

Sila klik di sini untuk paparan iklan dari UKM.

Semoga berjaya, kami di sini mendoakan kejayaan anda agar dapat kerjaya yang anda impikan. Berusahalah dan jangan pernah putus asa. Jangan lupa sebarkan iklan kerjaya ini kepada sanak saudara, rakan taulan anda. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak