Ini cara semak STATUS MYSALAM. Perlindungan sehingga RM8,000

Sejak semalam, kami mendapat pelbagai soalan tentang bagaimana untuk menyemak MySalam. Kami faham je kenapa orang tengah cari jalan untuk dapatkan perlindungan kesihatan, lebih-lebih lagi ketika kes baharu pandemik Covid-19 nampaknya semakin meningkat. Kali ini, kami akan bawakan korang jawapan penting kepada persoalan BAGAIMANA NAK SEMAK STATUS MYSALAM.

Apa itu MySalam

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

  • Penerima Bantuan Sara Hidup
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Kategori BSH

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Senarai 45 Penyakit Kritikal yang dilindungi di bawah MySalam

1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
6. Pembedahan Otak
7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
16. AIDS Dengan Gejala Penuh
17. Hepatitis Viral Fulminan
18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
19. Pembedahan Injap Jantung
20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Keupayaan Bertutur
24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
27. Sklerosis Multipel
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan Anggota
30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
32. Penyakit Arteri Koronari Serius
33. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan

34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
39. Penyakit Sistik Medular
40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
41. Poliomielitis
42. Skleroderma Progresif
43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Kembali kepada persoalan anda, korang boleh semak status kat LINK di bawah ini;
SEMAKAN STATUS MYSALAM

Bagi mereka yang telah mendaftar, boleh terus masukkan No. Kad Pengenalan. Bagi mereka yang belum pernah mendaftar, korang boleh klik login kali pertama.