MILIKI RUMAH PERTAMA: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2021 dibuka. Lihat cara permohonan di sini!

Ingin miliki rumah sendiri tapi masih terfikir tentang komitmen lain? Nak mendirikan rumahtangga, tapi tak nak duduk rumah mak bapak? Hah, ini satu berita gembira buat mereka yang bercita-cita untuk memiliki rumah pertama dengan bayaran serendah RM300 sahaja sebulan. Wow, murah gila-gila kan? Jap? Tapi ni rumah apa ya? 

Jawapannya ialah, Rumah Mesra Rakyat (RMR). Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini merupakan satu program untuk membantu mereka yang bergolongan B40 untuk memiliki rumah sendiri ataupun mereka yang duduk di rumah usang, dan tidak mempunyai sebarang kediaman? 

Bagaimana cara nak memohon? Jom teliti maklumat, syarat-syarat dan cara memohon RMR di bawah:-

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Jumlah pendapatan seluruh isi rumah mestilah tidak melebihi RM5,000.
  4. Pemohon atau pasangan suami isteri mestilah tidak memiliki rumah sendiri ATAUPUN menduduki rumah usang / tidak sempurna.
  5. Tanah yang disediakan adalah bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya.
  6. Sekiranya pemohon bukan tuan tanah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik tanah tersebut.
  7. Keluasan tanah mestilah tidak kurang daripada 3,600 kps.
  8. Tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diperlukan.

SYARAT TAMBAHAN:- 

  • Pemohon Semenanjung Malaysia yang berumur lebih daripada 42 tahun, perlu mempunyai pemohon kedua yang berumur diantara 18-42 tahun.
  • Pemohon Sabah, Sarawak & Pulau yang berumur lebih daripada 38 tahun, memerlukan pemohon kedua yang berumur diantara 18-38 tahun.

Harga Dan Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dalam pembinaan projek Rumah Mesra Rakyat ini, anda boleh teliti kos dan senibina RMR di bawah mengikut lokasi dan negeri:- 

  1. Semenanjung Malaysia:

  • Keluasan Tanah: 1000 KPS
  • Harga diperuntukkan: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM55,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300

2. Semenajung Malaysia (Pulau)

  • Keluasan Tanah: 850 KPS
  • Harga Diperuntukkan: RM85,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM65,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM350

3. Sabah & Sarawak

  • Keluasan Tanah: 750 KPS
  • Harga Anggaran:RM75,000 – RM106,500

  • Subsidi pembinaan:RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300 – RM470

CARA PERMOHONAN RMR MELALUI ATAS TALIAN (Online)

Kini, dengan teknologi yang ada. Anda boleh melampirkan permohonan anda dengan hanya melalui atas talian sahaja. Sila teliti cara-cara untuk membuat Permohonan RMR secara online di bawah:-

  1. Layari laman web Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB seperti berikut:- 


  • Klik ‘Pendaftaran Baru’
  • Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap dan sahih.
  • Terima ID Login & Kata Laluan.
  • Log Masuk ke laman utama.
  • Lengkapkan Borang secara atas talian/Online.
  • Isi maklumat ke dalam sistem.
  • Selesai Mengisi Borang Online
  • Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang.
  • Hantarkan Borang dan Dokumen Kepada SPNB.
  • Menghantar borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB. Tekan link di bawah bagi mendapatkan lokasi :- 

PEJABAT CAWANGAN SPNB NEGERI

PENTING: DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON RMR

  1. Menyediakan Sekurang-kurangnya 4 Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan bagi yang berstatus suami isteri.
  2. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan kad pengenalan tuan tanah.
  3. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  4. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  5. Menyertakan slip gaji terkini (3 bulan) /surat pengesahan pendapatan pemohon /surat akuan sumpah pendapatan / pemohon kedua*.
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan daripada tuan tanah.
  8. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan sijil nikah pemohon.
  9. Menyediakan Borang laporan tapak bergambar.

*Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.


*SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.


SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN RMR

  • Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan. 
  • Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

PENTING: TANGGUNGJAWAB PEMOHON

Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) bertanggungjawab untuk:- 


  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu).

Untuk mendapatkan info tambahan berkaitan Rumah Mesra Rakyat SPNB, anda boleh terus ke cawangan SPNB berhampiran atau semak secara atas talian maklumat lain di :- 

LAMAN WEB RASMI SPNB

INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda memiliki rumah kediaman pertama yang lebih selesa dan nyamana. Apapun, terus berusaha dan maju jaya. 


Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak