Panduan Lengkap Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)


Pada tanggal 7 bulan Julai nanti, Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuka lebih 18000 jawatan bagi jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41. Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru, anda bolehlah simpan panduan lengkap permohonan jawatan SPP ini sebelum tarikh jawatan dibuka bagi memudahkan urusan anda lagi. 

Hah, tunggu apa lagi? Mari kita teliti panduan untuk memohon jawatan di portal SPP iaitu MySPP:- 

  • Pertama sekali, anda perlulah melayari laman portal permohonan jawatan SPP iaitu mySPP (https://myspp.spp.gov.my/login.jsp?color=oren) (Sila gunakan komputer riba untuk melayari portal ini). Portal tersebut berwarna oren ya dan sekali imbas ia memang serupa dengan portal SPA9. 

  • Selepas itu, bagi mereka yang belum mempunyai akaun baharu, anda dikehendaki untuk klik butang daftar akaun baharu. 


  • Seterusnya, anda akan di bawah ke satu laman baharu dimana anda dikehendaki untuk mengisi maklumat-maklumat terperinci anda. Isi maklumat anda dengan tepat dan sahih. Jangan lupa juga pilih kata laluan yang kuat ya dan pastikan jawapan soalan keselamatan sentiasa anda ingat! 

  • Setelah anda daftar akaun baharu, sila log masuk menggunakan no kad pengenlan dan juga kata laluan yang anda pilih semasa daftar akaun. 


  • Selepas berjaya log masuk, anda akan di bawah satu paparan yang memerlukan anda untuk mengisi segala maklumat anda yang terpapar pada laman kiri portal seperti;- 
  1. Maklumat pemohon 
  2. Maklumat Akademik (PMR,SPM,STPM,STAM,DIPLOMA,SARJANA MUDA, DLL)
  3. Maklumat Ko-Kurikulum 
  4. Maklumat Tambahan           

  • Setelah mengisi maklumat-maklumat tersebut dengan lengkap, anda dikehendaki untuk memilih jawatan yang dimohon (Pemilihan jawatan adalah tertakluk kepada kelulusan akademik). Contohnya, jika anda memilih jawatan Pegawai Pendidikan DG41, anda perlulah menekan butang yang disediakan untuk memasukkan jawatan yang dimohon. Jangan lupa juga untuk memilih kawasan temuduga anda nanti!  


  • Kemudian tekan butang simpan, dan anda akan diarahkan untuk membuat pengakuan permohonan. Sebelum membuat pengakuan permohonan, anda dikehendaki untuk menyemak semula maklumat anda. Selepas membuat semakan, anda perlu klik butang “SAYA SETUJU” di bawah portal dan klik “HANTAR”. 


  • Selepas klik butang HANTAR, anda dikehendaki untuk mencetak dan simpan Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang. 

  • Selesai, dan selamat berjaya!


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan, anda bolehlah melayari laman hotline mySPP:- 
Urusan Pengambilan : 03-8893-4019/4020
Urusan Teknikal         : 03-88934-021/4022

atau 

Salurkan pertanyaan ataupun aduan kepada SISPAA-SPP:- (https://spp.spab.gov.my/eApps/system/index.do


INFO TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya! Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak