Pembayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Bermula Hari ini 28 September 2021~ Ramai Sudah Terima Bayaran!

Setelah sekain lama menunggu, akhirnya hari ini bermula sudah pembayaran BPR Fasa 3 dan bagi mereka yang membuat Rayuan BPR.


Setelah sekain lama menunggu, akhirnya hari ini bermula sudah pembayaran BPR Fasa 3 dan bagi mereka yang membuat Rayuan BPR.

Pembayaran ini akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan. Peruntukan pembayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan BPR ini bernilai RM2.62 bilion.

Kami kongsikan kepada anda maklumat kini pembayaran

Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3

Pembayaran BPR Fasa 3 akan bermula pada 28 September 2021 dan dijangka selesai pada 30 September 2021.



Jumlah Bayaran Yang Diterima

Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500
  • Kurang dari 1 anak: RM500
  • 2 anak dan ke atas: RM1,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 - RM4,000
  • Kurang dari 1 anak: RM200
  • 2 anak dan ke atas: RM600

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 - RM5,000

  • Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
  • Kurang dari 1 anak: RM100
  • 2 anak dan ke atas: RM200





Cara Membuat Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR Fasa 3

  • Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  • Tekan butang "Semak Status"
  • Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:

LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Catat Ulasan

0 Ulasan