Ini Cadangan Pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 Secara (One-Off) ~ Anda Setuju?

Berita baik untuk semua pemilik akaun KWSP, cadangan untuk menaikan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra akan diperhalusi secara menyeluruh.


Berita baik untuk semua pemilik akaun KWSP, cadangan untuk menaikan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra akan diperhalusi secara menyeluruh.

Menurut Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, cadangan untuk menaikan had pengeluaran  i-Citra ini akan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan kerajaan.

Menurutnya lagi pertimbangan terhadap kenaikan had pengeluaran i-Citra ini akan mengambil kira keperluan untuk mengimbangi antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan untuk masa hadapan.

Cadangan ini merupakan cadangan awal daripada Datuk Seri Najib Razak agar had pengeluaran i-Citra dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.

Tujuan kenaikan ini adalah bersandarkan kepada syarat supaya kerajaan turut bersungguh-sungguh untuk memulakan usaha bagi menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaan.

Sebelum ini, kemudahan i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Sebanyak 12.6 juta ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan dibayar sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

Sumber: sinarharian.com.my

76 thoughts on “Ini Cadangan Pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 Secara (One-Off) ~ Anda Setuju?”

  1. Sanggat2 setuju…..rakyat tengah susah….ape salah nye pakai duit sendiri…..bukan xblh nak tambah balik….tiap2 buln potong…..pasti betambah semula…..

  2. Saya setuju sangat. Time2 macam ni pekerja hotel terjejas. Jadi kwsp ni la yg bantu kami sekeluarga dari mula pkp tahun 2020 dlu smpai skrg. Makin ada anak kecik. Suami sorg je krja saya suri rumah. Kalau tk dpt keluarkan i lestari i sinar dan i citra ni taktahu la nasib kami. Jadi saya setuju sangat kalau dibenarkan keluarkan i citra ni lagi.

  3. Saya sangat pengeluaran sehingga rm10,000. Ini adalah simpanan kami sendiri kenapa nk letak byk syarat. Saya harap dpt lulus dgn segera. Tak ada alasan lagi.

  4. Saya sangat bersetuju pengeluaran sehingga rm10,000. Ini adalah simpanan kami sendiri kenapa nk letak byk syarat. Saya harap dpt lulus dgn segera. Tak ada alasan lagi.

  5. Sya sgt setuju pengeluaran I citra 10k one off ini..sebab saya cuma kerja sendiri pendapatan sgt2 terjejas sejak pendemik ni..saya telah memohon pelbagai bantuan kerajaan, seperti BPR,BPN, semua tidak layak alasan hanya kerana saya ada kereta proton waja yg sudah berusia 25tahun dan ford courier yang sudah berusia 30tahun.. huhuhu nasib baik ada pengeluaran KWSP maka boleh lah saya bernafas sikit untuk buat belanja harian dan pusingan modal perniagaan kecil kecil SERTA membayar hutang..

  6. Setuju sgt rm10k sekali bayar..senang saya dgn usben bajet2 duit utk bayar pelbagai sbb suami pun tgh xbekerja skrg ni .kerja sendiri pendapatan tidak menentu. Klu bagi sikit2 susah utk kami nak bajet

  7. π’”π’‚π’π’ˆπ’‚π’•-π’”π’‚π’π’ˆπ’‚π’• 𝒔𝒆𝒕𝒖𝒋𝒖..

  8. One off RM10000….memang sanggat2 setuju….ini kerane kami perlukan duit untuk utang yg tentunggak….klu di bagi tiap2 bulan….kami xdapat nak langsai kan utang2 kami….sebab macam2 yg perlu dibayar…harap kerajaan prihatin dalam hal ini….kami sanggat2 memerlukan RM10000 one off ni…..

  9. Teramat setuju 100%…dpt jg lunaskan htg yg berbaki dan meringankan beban kmi utk perbelanjaan seisi rmh…mudah2an dimakbulkan Allah swt…Aamiin

  10. Sya SANGAT SETUJU krana sya masih lgi xde pekerjaan wktu ini krana di berhentikan angkara PKP(corona),dan xde punca pendapatan lain..dn sya amat memerlukan pengeluaran kwsp ini,krana sya ada 5 org ank,dn 2 org ank yg bersekolah….harap pihak krajaan dapat pertimbangkan masalah rakyat spt kami yg kais pgi mkn pagi ini..kami bkn yg peminta sdekah nk slalu meminta minta,hnya yg kami harapkan adalah spaya hsil titik pluh kami slama ini (kwsp 10k) dpt kami kluarkan utk kegunaan harian dn keperluan ankΒ² yg bersekolah..terima kasih,salam

  11. Sangatlah bersetuju kerana disebabkan pandemik ini hutang makin tertunggak akibat pendapatan yang terkesan..bukan semua bantuan yg kerajaan salurkan tu diterima,mudah2an kerajaan dengarlah rintihan rakyat yang amat2 memerlukan RM10k one off ini

  12. sy sgt setuju diluluskan..tp sekarang bjet 2022 dh bentang..x der pun mention kelulusan icitra one off nie..ke mmg xnk bgi kita pakai duit sndr ya..mohon pencerahn

  13. Sangat setuju Diwaktu kesusahan ni tolong la bagi one off 10k I-citra tu..dapat juga lepas tanggungan untuk belanja

  14. Tetapi Saya Kurang Setuju kerana baki kredit kwsp saya Tinggal Rm950 . Nak Mohon pun taklepas . nasib saya πŸ˜‘ MALANG TIDAK BERBAU .B😌

  15. Bgi yang belom keluar kan duit i citra ni,memang dah tak de peluang ke untuk buat permohonan baru,kalau boleh tolong lah buka semula permohonan tu,sebab saya baru nak buat..

Comments are closed.