Pengeluaran Khas KWSP: Semakan Status Permohonan

 Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri mengenai pengeluaran khas KWSP RM10,000, berikut kami kongsikan berkaitan semakan status permohonan sama ada permohonan yang dibuat telah diterima atau ditolak.


Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri mengenai pengeluaran khas KWSP RM10,000, berikut kami kongsikan berkaitan semakan status permohonan sama ada permohonan yang dibuat telah diterima atau ditolak.


Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Berikut adalah perincian untuk pengeluaran khas KWSP maksimum sehingga RM10,000:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan bermula 1 April – 30 April 2022
  • Pembayaran telah diawalkan bermula pada 18 April 2022 (UPDATE TERKINI)
  • Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga maksimum RM10,000
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukup, simpan daripada akaun 1 akan diakses

Lebih Banyak Info Terkini KWSP Melalui Telegram: @blogrojak

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau memlalui aplikasi mudah alih i-Akaun yang akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Semakan Status Permohonan

Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

  1. Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  2. Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150


Kaedah Pembayaran & Amaun Pengeluaran

Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

Amaun pengeluaran:

  1. Minimum: RM50
  2. Maksimum: RM10,000
  3. Amaun pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan.
  4. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya dalam RM100 dalam akaun 1
  5. Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.
  6. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan
  7. Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.


Persediaan Kelancaran Urusan Pengeluaran

Ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Pastikan:

  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  2. Baki simpanan KWSP disemak
  3. Nombor akaun bank adalah aktik (simpanan atau semasa)
  4. Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari Facebook rasmi KWSP di  https://www.facebook.com/KWSPMalaysia atau layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Lebih Banyak Info Terkini KWSP Melalui Telegram: @blogrojak