Pengeluaran Khas KWSP RM10,000: Status 'Permohonan Diterima' Bermaksud Lulus Pengeluaran

Sejak pautan semakan status pengeluaran khas dibuka pada tengah malam 9 April 2022, ramai ahli telah melakukan semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas KWSP kali ini.  Namun begitu, terdapat sebilangan besar ahli seakan 'tidak faham' ataupun 'tidak yakin' akan keputusan semakan status yang dipaparkan.


Sejak pautan semakan status pengeluaran khas dibuka pada tengah malam 9 April 2022, ramai ahli telah melakukan semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas KWSP kali ini.

Namun begitu, terdapat sebilangan besar ahli seakan 'tidak faham' ataupun 'tidak yakin' akan keputusan semakan status yang dipaparkan.

'Permohonan Diterima' Bermaksud Lulus Pengeluaran

Sekiranya hasil semakan status yang anda lakukan memaparkan nama anda serta teks 'Permohonan Diterima', ini bermakna permohonan pengeluaran khas anda adalah 'lulus' dan anda layak untuk menerima pengkreditan amaun pengeluaran secara one-off pada 20 April 2022.

Contohnya, sekiranya anda memohon amaun RM10,000 semasa permohonan Pengeluaran Khas, kemudian paparan pada semakan status menyatakan 'Permohonan Diterima', ini bermakna anda akan menerima bayaran RM10,000 secara one-off pada 20 April 2022.

Tahniah kami ucapkan!

Sekiranya hasil semakan status yang anda lakukan memaparkan nama anda serta teks 'Permohonan Diterima', ini bermakna permohonan pengeluaran khas anda adalah 'lulus' dan anda layak untuk menerima pengkreditan amaun pengeluaran secara one-off pada 20 April 2022.  Contohnya, sekiranya anda memohon amaun RM10,000 semasa permohonan Pengeluaran Khas, kemudian paparan pada semakan status menyatakan 'Permohonan Diterima', ini bermakna anda akan menerima bayaran RM10,000 secara one-off pada 20 April 2022.


Berita baik kepada semua ahli, semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat bermula 9 April 2022. Melalui laman facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan dikongsikan kepada semua ahli yang memohon.



KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.

Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu dibuat sekiranya LULUS permohonan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan? Pada artikel kali ini kami di blogrojak akan berkongsi informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini. 

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000


Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik ‘Teruskan’ 
  3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  5. Isi No Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik ‘Semak Status’
  8. Keputusan Permohonan Dipaparkan
  9. Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  10. Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  11. Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  12. Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
  13. Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/blogrojak
  14. Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
  15. Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan


KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS

Catat Ulasan

0 Ulasan