Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas & Dapat Insentif Kerajaan RM250

Tahukah anda? anak yang berumur 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).  Pendaftaran akaun KWSP untuk individu yang dibenarkan ini adalah dalam bentuk Simpanan Syariah dan ia bertujuan untuk simpanan jangka panjang.  Malah, kalau buka akaun sekarang, kerajaan akan bagi insentif tambahan sehingga RM250 setahun


Tahukah anda? anak yang berumur 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pendaftaran akaun KWSP untuk individu yang dibenarkan ini adalah dalam bentuk Simpanan Syariah dan ia bertujuan untuk simpanan jangka panjang.

Malah, kalau buka akaun sekarang, kerajaan akan bagi insentif tambahan sehingga RM250 setahun.


Kelebihan Buka Akaun KWSP Untuk Anak

Berikut kelebihan buka akaun KWSP untuk anak:

  1. Simpanan jangka panjang anak-anak
  2. Terima insentif tambahan oleh kerajaan maksimum RM250 setahun (15% daripada jumlah simpanan)
  3. Menabung pada usia muda
  4. Dapatkan dividen patuh syariah setiap tahun
  5. Caruman tidak perlu dibuat secara bulanan
  6. Sebagai ahli KWSP, anda juga akan menerima khairat kematin sebanyak RM2,500


Insentif RM250 Setahun

Untuk Makluman, kerajaan telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun) daripada jumlah simpanan melalui skim i-Saraan KWSP.

Contohnya jika anak mencarum RM2,000 ke dalam akaun KWSP, kerajaan akan menambah RM250 (maksimum) sebagai insentif, di bawah insentif skim i-Saraan.

Caruman ke akaun KWSP anak tidak wajib dibuat secara bulanan. Pembayaran sumbangan i-Saraan boleh dibuat secara dalam talian di rumah melalui perbankan dalam talian ibu bapa. Pegawai yang membantu anda mendaftar akaun akan menyediakan kertas panduan untuk memindahkan wang ke akaun.


Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas

Berikut adalah cara untuk mendaftarkan akaun KWSP untuk anak:

  1. Daftar sebagai ahli KWSP (perlu kad pengenalan dan cap jari anak anda) di kiosk di mana-mana cawangan.
  2. Setelah selesai, beritahu pegawai KWSP untuk membuk i-akaun dan bertukar terus kepada simpanan syariah
  3. Selalunya ada pegawai tolong buat terus di kaunter.
  4. Setelah i-Akaun siap, pegawai akan membantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Syariah
  5. Setelah siap, beritahu pegawai nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela), mereka akan bantu.


Mudah bukan? Jom permudahkan urusan anak-anak nati dengan membuat simpanan di usia muda melalui pendaftaran akaun KWSP. Ianya tidak rugi malah anak anda akan menggandakan keuntungan pada usia persaraan nanti.


SUMBER: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Catat Ulasan

0 Ulasan