TERKINI: Bantuan Keluarga Malaysia 2023

TERKINI: Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun negeri.

Antaranya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah dibentangkan dalam belanjawan 2023.

Berikut adalah perincian bantuan BKM


Baca Juga:

  1. Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023
  2. Senarai Bantuan Pada Bulan Januari 2023
  3. Bantuan Tunai Rakyat Kategori Bujang


Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Berdasarkan Bajet 2023 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:


Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • 5 Anak atau lebih: RM2,500
  • 1 – 4 Anak: RM1,000 – RM2,000

Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 – RM5,000

  • 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak): RM500 – RM1,250


Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600 (Bergantung Pendapatan)



Bujang

  • RM350 (Bergantung Pendapatan)


Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal

  • RM500 (Tambahan)

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut belanjawan yang telah dibentangkan

Info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa


Bantuan Tunai Rakyat (BTR)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan selama ini akan kekal diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan disalurkan lebih awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023



Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.


“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang