Senarai Bantuan Pada Bulan Januari 2023

Senarai Bantuan Pada Bulan Januari 2023

Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui pembentangan RUU Kumpulan Wang Disatukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membenarkan perbelanjaan dikeluarkan untuk khidmat kerajaan bagi sebahagian 2023.



Melalui RUU ini, peruntukan khas lebih RM107 Bilion telah diluluskan bagi mengumumkan beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada awal tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut.


Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan dipercepatkan pada bulan Januari 2023 dengan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.


Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Jumlah BMT akan ditambah sebanyak RM200 bagi pekebun kecil



Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa kira had pendapatan ibu bapa dengan bayaran sebanyak RM150 seorang.


Baca Juga:

  1. Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023
  2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2023
  3. Bantuan BTR 2023 Kategori Bujang



Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas

Penjawat awam Gred 11 sehingga 56 akan menerima kenaikan gaji RM100


Bantuan Khas Kewangan

Bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dengan bayaran sebanyak RM700. Manakala untuk pesara kerajaan akan menerima RM350



Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.