RASMI: Kerajaan Umum Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

RASMI: Kerajaan Umum Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.


Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan RM350 melalui Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang berkelayakan.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini

Penerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 & RM350

Menurut kenyataan Kerajaan pada bulan Ogos lalu, pembayaran BKK RM700 ini akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah.

Manakala, RM350 pula diberikan kepada para pesara dan veteran Kerajaan tidak berpencen. Semua pembayaran ini akan membabitkan implikasi kewangan kepada sebanyak RM1.3 bilion


Baca Juga:

  1. Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023
  2. Senarai Bantuan Bulan Januari 2023
  3. Bantuan Khas Kewangan RM700


Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

TERKINI: Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 akan mula dibayar pada 17 Januari 2023. Bantuan akan melibatkan 1.3 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta pesara kerajaan.


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.