TERKINI: Permohonan Bantuan Zakat RM600 Secara One-Off

TERKINI: Permohonan Bantuan Zakat RM600 Secara One-Off

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.


Antaranya adalah Bantuan Zakat Selangor Peduli Sebanyak RM600 yang diperkenalkan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:


Syarat Kelayakan Permohonan

Bantuan ini diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

Namun begitu, mereka juga perlu menepati syarat yang ditetapkan antaranya ialah:

Beragama Islam, Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap

Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun


Baca Juga:

  1. TERKINI: Bantuan Khas Kewangan RM250. Ini Senarai Penerima!
  2. TERKINI: Semakan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1
  3. TERKINI: Jumlah Bayaran BTR 2023

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di Portal LZS Peduli

Permohonan perlu memuat naik dokumen seperti laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat, salinan kad pengenalan dan nombor akaun bank berdasarkan kategori permohon.

Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2023


Tarikh Pembayaran

Mereka yang diluluskan permohonan akan mendapat bayaran dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Lembaga Zakat Selangor atau

Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.