TERKINI: Bantuan Khas Kewangan RM250. Ini Senarai Penerima!

TERKINI: Bantuan Khas Kewangan RM250. Ini Senarai Penerima!

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa BERNAS bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta pada Disember 2022, dan RM50 pada tahun 2023 kepada para pesawah di seluruh negara.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Khas BERNAS

31 Disember 2022, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu telah mengumumkan bahawa bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Khas BERNAS akan melibatkan jumlah bantuan sebanyak RM250 kepada setiap penerima.

“Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah,” kata Mohamad Sabu dalam satu kenyataan

Baca Juga

  1. RASMI: Tarikh & Jumlah Bayaran BTR Fasa 1
  2. TERKINI: Cara Mohon Bantuan e-Wallet RM300
  3. TERKINI: Jumlah Bayaran BTR 2023



Tarikh Pembayaran Bantuan Khas BERNAS

Bantuan ini akan dilaksanakan di tiga buah negeri dahulu di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terangganu dan Pahang.

Pembayaran akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 16 Januari 2023, manakala di negeri-negeri lain pula akan dilaksanakan secara berperingkat.

Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.