Skim Cakna Suri: Bantuan RM200 One-Off Untuk Suri Rumah

Skim Cakna Suri: Bantuan RM200 One-Off Untuk Suri Rumah

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Bantuan Skim Cakna Suri 2023.

Berikut dikongsikan maklumat mengenai bantuan ini.

Skim Cakna Suri 2023

Skim Cakna Suri merupakan satu skim khas yang diwujudkan untuk memberi sumbangan kepada suri rumah secara one-off.

Skim ini diberikan sebagai tanda penghargaan buat suri rumah atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membangunkan negara.

Pemohon yang layak akan diberikan sumbangan tunai RM200 secara one-off.

Baca Juga:

  1. TERKINI: Permohonan Bantuan SMIS RM100 & RM500
  2. TERKINI: Pengeluaran Khas KWSP Tahun 2023
  3. TERKINI: Jumlah Bayaran STR 2023


Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan:

  1. Suri rumah sepenuh masa
  2. Berumur 54 tahun dan ke bawah
  3. mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
  4. Pendapatan isi rumah RM2000 dan ke bawah
  5. Pemohon bukan penerima Skim Cakna Suri 2022

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

Permohonan hendaklah diisi secara manual iaitu dengan menghantar borang permohonan ke Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Atau anda boleh hantar secara pos di alamat yang tertera pada borang permohonan.

Borang boleh diperolehi di Pusat Khidmat DUN atau anda boleh memuat turun borang DI SINI



Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk talian berikut:

  1. Unit Pembangunan Keluarga: 013-983 6915
  2. Unit Kaunseling: 013-983 5912


Penafian 

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.