Berita baik! Akaun 3 Akaun Fleksibel KWSP Diperkenal

Berita baik! Akaun 3 Akaun Fleksibel KWSP Diperkenal

Pengeluaran KWSP merupakan perkara yang sering disebut dan dibahas oleh rakyat Malaysia sehinggalah ke hari ini. Kerana ramai dikalangan rakyat yang terputus sumber pencarian dan terpaksa bergantung dengan simpanan wang di dalam akaun KWSP mereka.

Menerusi pembentangan Belanjawan Negara 2024 baru-baru ini, satu berita baik telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kita Anwar Ibrahim mengenai KWSP.

Antara perkara penting mengenai akaun fleksibel yang bakal diperkenalkan :

  • YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa akaun simpanan KSWP akan diubahsuai dan distruktur semula untuk meningkatkan dan memperkasa tabungan persaraan dikalangan rakyat yang merupakan ahli penyimpan di KWSP.
  • YAB Perdana Menteri mengatakan satu tabung baharu akan diperkenalkan iaitu Akaun 3 sebagai akaun fleksibel yang boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa.
  • Akaun 3 itu akan berfungsi sebagai akaun simpan dan ahli boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut pada bila-bila masa.
  • Namun, menurut Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, Akaun Fleksibel atau Akaun 3 itu masih di peringkat perbincangan dan ianya boleh direalisasikan dalam masa dua tahun.
  • Dengan adanya Akaun 3/ Akaun Fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.
  • Ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.
  • Memandangkan Akaun 3/Akaun Fleksibel akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding Akaun 1 dan Akaun 2.
akaun 3 akaun fleksibel kwsp
Teks Ucapan Perdana Menteri di Pembentangan Belanjawan Negara 2024

Sebagai tambahan YAB Perdana Menteri juga ada menyentuh beberapa perkara lain berkaitan dengan KWSP antaranya :

  • Had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada 500 ringgit setahun terhad kepada 5,000 ringgit seumur hidup.
  • Had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada 300 ringgit setahun terhad kepada 3,000 ringgit seumur hidup.
  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan 50 juta ringgit memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah e-Kasih
  • Program i-Sayang KWSP akan diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2 peratus caruman KWSP syer pekerja kepada suami.

Anda Mungkin Berminat:

Semua ini adalah usaha kerajaan untuk menambah baik lagi program perlindungan sosial di kalangan rakyat bagi memastikan golongan yang terkesan dengan masalah ekonomi mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Buktinya, dalam belanjawan baru-baru ini YAB Perdana Menteri mengatakan bahawa kadar tanggungan Kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) akan ditingkatkan kepada 90 peratus dengan peruntukan 100 juta ringgit.

Beliau juga menyeru agar syarikat pengendali untuk menanggung baki 10 peratus caruman bagi pihak pekerja gig.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.