MyKid JPN Bukan Dokumen Yang Wajib Dimiliki ~ Ini Penjelasannya!

MyKid JPN Tak Wajib Ada ~ Ini Penjelasannya!

MyKid JPN Tak Wajib Ada ~ Ini Penjelasannya!

SUNGAI PETANI: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan, kad MyKid yang dikeluarkan kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di negara ini, bukanlah satu dokumen yang wajib dimiliki.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman, berkata kira-kira 160,000 permohonan telah diproses JPN sejak 2021 dengan sekitar 40,000 dokumen itu sudah diserahkan, bergantung pada bekalan mikrocip yang diterima jabatan itu.

MyKid JPN Tak Wajib Ada ~ Ini Penjelasannya!

Anda Mungkin Berminat:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Beliau berkata, pemohon yang belum menerima MyKid bagaimanapun tidak perlu berasa bimbang, kerana pemilikan dokumen itu tidak diwajibkan.

“Saya hendak menjelaskan bahawa ia bukan satu dokumen yang wajib ada. Yang paling penting dan perlu ada ialah sijil kelahiran yang dikeluarkan JPN.

“MyKid adalah dokumen tambahan. Sebenarnya, tidak perlu bimbang dan tidak akan kena tangkap sekiranya tiada… tidak ada masalah,” katanya selepas Sambutan Hari JPN Kali Ke-75 di Masjid Darul Murthada di Kampung Telok, 4 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, mereka yang mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan dokumen itu, boleh menghubungi pejabat JPN terdekat.

SUMBER: Berita Harian

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.