TERKINI: Aplikasi TikTok Akan Diharamkan Tahun 2024? Ini Penjelasannya!

TERKINI: Aplikasi TikTok Akan Diharamkan? Ini Penjelasannya!

Tahukah anda? TikTok telah berada di bawah pengawasan Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kebimbangan keselamatan negara berhubung platform popular dari China itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Dewan Perwakilan AS mengundi secara besar-besaran untuk meluluskan rang undang-undang yang akan mengharamkan aplikasi itu, melainkan syarikat induk ByteDance menjualnya.

TERKINI: Aplikasi TikTok Akan Diharamkan? Ini Penjelasannya!
Sumber Foto : Google

Rang undang-undang itu, yang diluluskan 352-65 akan dihantar ke Senat untuk tindakan selanjutnya. Presiden AS Joe Biden minggu lalu telah pun mengesahkan bahawa beliau akan menandatanganinya menjadi undang-undang, jika kedua-dua dewan meluluskannya.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

ByteDance Perlu Menjual TikTok Dalam Masa Enam Bulan

Sekiranya diluluskan, rang undang-undang itu memerlukan ByteDance untuk menjual TikTok dalam tempoh enam bulan kepada syarikat yang diluluskan oleh kerajaan AS. Jika ByteDance tidak menjual syarikat itu, gedung aplikasi di AS tidak lagi boleh mengedarkan aplikasi itu tanpa melanggar undang-undang.

China juga perlu meluluskan penjualan itu, dan kerajaan China pada tahun lalu berkata ia akan menentang keras sebarang penjualan TikTok secara paksa.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang berkenaan boleh menghadapi nasib yang tidak menentu. Pihak Senat akan mengkaji semula undang-undang itu dan ia mungkin mengambil pendekatan berbeza untuk mengawal selia aplikasi milik asing yang menimbulkan kebimbangan keselamatan.

TERKINI: Aplikasi TikTok Akan Diharamkan? Ini Penjelasannya!
Sumber Foto : Google

Dalam pada itu, Kementerian Luar China menyifatkan potensi larangan TikTok sebagai “tindakan buli” yang akan berbalik kepada Amerika.

SUMBER : WISER

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.