Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Disalurkan Bermula 10 Mac 2024

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Disalurkan Bermula 10 Mac 2024

Bayaran Bantuan Awal Persekolahann (BAP) sebanyak RM150 kepada murid tahun 1 akan disalurkan bermula 10 Mac 2024.

Bayaran akan disalur melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, sebanyak RM788.13 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP.

Berikut dikongsikan maklumat penuh berkenaan bantuan ini.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Disalurkan Bermula 10 Mac 2024

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024

Bantuan BAP diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid dari kalangan keluarga yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Dalam Belanjawan 2023, bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan keluarga.

Kadar Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM150 bagi seorang murid secara ‘one-off’

Syarat Kelayakan Bantuan BAP

  • Murid Warganegara Malaysia
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan bagi Sesi Persekolahan 2023/2024
  • Murid yang bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney
    • Sekolah Rendah Sains MARA
    • Maktab Tentera Diraja
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024

Kaedah Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyak akaun KWK

Pengagihan BAP dibuat secara:

  • Tunai; ATAU
  • Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Pemberian Bantuan BAP 2024

  • 11 Januari 2024 – Bagi murid sedia ada
  • 10 Mac 2024 – Bagi murid Tahun 1 sesi 2024/2025

Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberikan ini tidak berdasarkan data pendaptan ibu bapa dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai BAP 2024 boleh rujuk melalui soalan lazim di bawah.

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah Murid Yang Layak Menerima BAP 2024?

Bantuan diberikan kepada murid yang mempunyai kelayakan berikut:

– Murid Warganegara Malaysia

– Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan bagi Sesi Persekolahan 2023/2024

Murid yang bersekolah di:
Sekolah Kerajaan (SK)
Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
Sekolah Agama
Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Sekolah Integriti
Sekolah Henry Gurney
Sekolah Rendah Sains MARA
Maktab Tentera Diraja

Bagaimanakah Bantuan BAP Disalurkan Kepada Murid?

Pihak sekolah akan membuat agihan kepada murid secara tunai atau secara kredit ke dalam akaun murid

Bilakah Bayaran BAP Akan Mula Diberikan Kepada Murid?

11 Januari 2024 – Bagi murid sedia ada
10 Mac 2024 – Bagi murid Tahun 1 sesi 2024/2025

Adakah Murid Yang Layak Perlu Mengisi Apa-Apa Dokumen Sebelum Menerima BAP?

Murid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen

Adakah Murid Yang Baru Mendaftat Masuk Ke Sekolah Pada Sesi Persekolahan Bulan Mac 2024 Layak Menerima BAP?

Layak sekiranya memenuhi kriteria di soalan 1

Adakah KPM Menyediakan Talian Hotline Khusus Untuk Memberikan Penjelasan Berkaitan BAP?

Tiada talian hotline khusus. Namun ibu bapa boleh merujuk kepada sekolah anak masing-masing bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan BAP atau Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2023 : Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang Rasmi KPM

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.