Bantuan RM1000 Bayi Yang Baru Lahir: Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Bantuan RM1000 Bayi Yang Baru Lahir: Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan sebuah simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).

Bantuan RM1000 Bayi – Endowment Fund Sarawak (EFS)

EFS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak sarawak bermula pada tahun 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau statu sosio-ekonomi.

Ia bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Bantuan RM1000 Bayi Yang Baru Lahir: Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Baca Juga:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Manfaat Bantuan RM1000 Bayi

Bantuan akan diberikan dalam bentuk simpanan akaun amanah dan hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencapai umur 18 tahun.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan RM1000 Bayi

Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  • Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Kategori Anak Angkat:

  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”
  • Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah

Cara Membuat Permohonan Bantuan RM1000 Bayi

Permohonan boleh dibuat di kesemua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak dengan membawa:

  • Borang permohonan EFS – Muat Turun Borang
  • Salinan sijil lahir bayi
  • Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus “K”

*Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN

Bantuan RM1000 Bayi Yang Baru Lahir: Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan RM1000 bayi ini boleh layari laman web isarawakcare atau hubungi talian KPWKK di 082-442050

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Endowment Fund Sarawak (EFS)?

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Apakah kegunaan Endowment Fund Sarawak (EFS)?

Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Endowment Fund Sarawak (EFS)?

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
– Warganegara Malaysia
– Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
– Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus “K”; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Kategori Anak Angkat:
– Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”
– Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah

Anak saya telah dilahirkan di luar negara, adakah anak saya layak untuk mendapat EFS?

Ya, bagi kelahiran di luar negara, kelahiran perlu didaftar di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia bagi anak tersebut sebelum menghantar permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak dalam tempoh 1 tahun. Sila lampirkan salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN, salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.

Berapa hari yang diperlukan oleh Urus Setia untuk memproses permohonan saya?

Sekurang-kurangnya 60 hari bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak.

Anak saya telah meninggal dunia pada umur 15 tahun, adakah saya dibenarkan untuk mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) tersebut?

Ya, dibenarkan. Sekiranya anak itu meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun, waris boleh mengeluarkan EFS bagi tujuan pengurusan jenazah dengan mengemukakan sijil kematian asal dan MyKad ke cawangan Bank Islam berdekatan.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.