Cara Mohon Rumah PPRT 2023

Cara Mohon Rumah PPRT 2023

Permohonan bagi bantuan rumah PPRT 2023 kini dibuka. Sebagai makluman, PPRT adalah sebuah program di bawah SPKR yang bertujuan untuk pembasmian kemiskinan luar bandar serta memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) agar dapat menaik taraf kehidupan serta ekonomi keluarga yang sedia ada.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai rumah PPRT serta cara untuk membuat permohonan :

Program Rumah PPRT 2023

Tujuan utama rumah PPRT diperkenalkan adalah untuk menaik taraf hidup dan ekonomi keluarga miskin tegar dan miskin(B40) dengan membina atau membaik pulih rumah dengan cara menyediakan rumah yang lebih kondusif untuk didiami dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Anda mungkin berminat:

rumah pprt
Foto Hiasan Rumah PPRT

Skop Bantuan Program Rumah PPRT 2023

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

Bina Baharu

Bantuan untuk pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat untuk diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki

Baik pulih

Baik pulih melibatkan 3 perkara berikut:

  1. Penyelenggaraan
  2. Penambahbaikan
  3. Requisition

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah

Penting : Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu

Kumpulan Sasar Program Rumah PPRT 2023

Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Syarat Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Syarat bantuan ini tidak sama bagi setiap katagori dan ianya terbahagi kepada dua :

1. Bantuan Bina Baharu

Syarat Bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:

  1. Tidak mempunyai rumah;
  2. Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  3. Tidak ekonomik untuk dibaiki;
  4. Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  5. Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

2. Bantuan Baik Pulih

Syarat Bantuan Baik Pulih diberikan kepada peserta yang:

  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:

  1. Warga emas
  2. Orang kurang upaya (OKU)
  3. Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
  4. Mangsa bencana yang berskala kecil
  5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT

  1. Permohonan rumah PPRT 2023 adalah secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
  2. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
  3. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT , anda boleh layari laman web PPRT atau hubungi Pihak Berkaitan di talian 03 8000 8000

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu rumah PPRT?

Rumah PPRT diperkenalkan adalah untuk menaik taraf hidup dan ekonomi keluarga miskin tegar dan miskin(B40) dengan membina atau membaik pulih rumah dengan cara menyediakan rumah yang lebih kondusif untuk didiami dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Skop bantuan rumah PPRT 2023?

Skop bantuan PPRT terbahagi kepada dua iaitu
1. Bina baharu
2. Baik pulih.

Boleh rujuk point di atas untuk maklumat lanjut mengenai skop bantuan PPRT

Keutamaan bantuan rumah PPRT 2023?

Keutamaan bantuan diberikan kepada:
1. Warga emas
2. Orang kurang upaya (OKU)
3. Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
4. Mangsa bencana yang berskala kecil
5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Untuk siapakah bantuan rumah PPRT 2023?

1. Disahkan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih).
2. Diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.
4. Diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.