Bantuan RM1200 Dikreditkan Secara Berperingkat Ke MyKad

Bantuan RM1200 Dikreditkan Secara Berperingkat Ke MyKad

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama adalah melalui Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023.

Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai bantuan ini.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bantuan RM1200

Untuk tahun 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk makluman SARA adalah bantuan yang diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan.

Kadar bantuan SARA juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.

Melalui inisiatif SARA ini, penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai sebanyak RM100 selama 12 bulan secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.

Bantuan RM1200 Dikreditkan Secara Berperingkat Ke MyKad
Bantuan RM1200 Dikreditkan Secara Berperingkat Ke MyKad

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan RM1200:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Bayaran & Penebusan

Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada bulan Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas

Bantuan RM1200 Dikreditkan Secara Berperingkat Ke MyKad

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Bantuan SARA?

Bantuan SARA adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang layak dan tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM

Berapakah Jumlah Bantuan SARA?

Kadar bantuan SARA berbeza mengikut kategori kelayakan. Minimum RM150 sehingga maksimum RM1,200

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.