Kadar Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan 47.86 Bilion

KWSP raih peningkatan pendapatan pelaburan sebanyak 33 peratus iaitu RM47.86 bilion untuk sembilan bulan berakhir 30 September lalu berbanding RM36.04 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah pendapatan pelaburan dicatatkan selepas mengambil kira turun nilai kos atas ekuiti tersenarai yang direkodkan untuk suku tersebut.

Kadar Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Ketua Pegawai Eksekutifnya) – Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi

“Daripada RM47.86 bilion jumlah pendapatan pelaburan, sebanyak RM4.62 bilion dijana daripada keuntungan mark-to-market (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan. Keuntungan MTM disumbangkan oleh turun naik pertukaran mata wang asing.

“Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga (S3 2023) berakhir 30 September 2023 adalah RM14.67 bilion selepas mengambil kira turun nilai kos.

Jumlah tersebut membabitkan peningkatan sebanyak RM2.38 bilion daripada RM12.29 bilion yang dicatatkan pada suku sama pada 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, jelas Amir Hamzah, pada suku ketiga berlaku peralihan ketara dalam prestasi ekuiti global yang mencatatkan pulangan negatif berbanding keuntungan kukuh pada separuh pertama 2023.

Ujar beliau, perang Isr4el-Fale5tin dan konflik Rusi4-Ukr4ine yang berterusan pasti akan menyumbang kepada suasana ketidaktentuan dan turun naik pasaran.

“Kami menjangkakan risiko geopolitik ini akan terus menjejaskan lagi keadaan ekonomi yang sememangnya bergelora.

“Perubahan dalam sentimen pasaran ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk kebimbangan tentang kestabilan ekonomi China, kenaikan harga tenaga dan peningkatan hasil bon kerajaan, kesemuanya berlatarbelakangkan kemungkinan bahawa tempoh kadar faedah yang tinggi akan berlanjutan,” katanya.

Tambah beliau lagi, pasaran pendapatan tetap global juga mencatatkan jumlah pulangan negatif pada suku ketiga berikutan peningkatan mendadak dalam hasil kerajaan.

“KWSP terus mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam pendaftaran ahli baharu sebanyak 365,519 dan menjadikan jumlah ahli KWSP sehingga 30 September 2023 sebanyak 15.99 juta.

“Dalam jumlah itu, sebanyak 8.53 juta adalah ahli aktif mewakili 50.4 peratus daripada 16.93 juta tenaga buruh Malaysia. KWSP merekodkan nisbah ahli aktif kepada tidak aktif pada 53:47 setakat September 2023,” ujar beliau.

Sementara itu, katanya, untuk mencapai sasaran liputan ahli aktif KWSP merangkumi lebih 60 peratus daripada tenaga buruh Malaysia menjelang 2030, KWSP meningkatkan lagi program liputan dan penglibatan dengan pihak berkepentingan secara proaktif.

Jelasnya, usaha tersebut mendapat sokongan teknologi digital yang membolehkan ahli mengakses rangkaian perkhidmatan KWSP lebih luas, termasuk pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun, i-Saraan, dan Simpanan Shariah.

SUMBER: Sinar Harian

Baca Juga:

Kadar Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi

Sorotan Berita Bertarikh 15 Ogos 2023 yang menjangkakan Dividen KWSP 2023 akan lebih tinggi

Menurut Dr. Mohd Afzaniam Abdul Rashid, KWSP telah menunjukkan kecekapan dalam menjana pendapatan pelaburan melalui strategi berhemat.

Pengurusan portfolio aktifnya telah membuahkan hasil yang wajar dan terus berpandukan kepada peruntukan aset strategik (SAA).

Menurutnya lagi, bagi separuh pertama tahun ini, KWSP telah merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak RM9.44 bilion berbanding RM23.75 bilion pada tempoh yang sama pada 2022.

Jumlah itu selepas mengambil kira penurunan nilai ekuiti tersenarai yang direkodkan untuk tempoh dalam kajian dan daripada RM33.19 bilion jumlah pendapatan pelaburan, RM4.79 bilion dijana daripada ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan.

Kadar Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi
Dr. Mohd Afnizam Abdul Rashid (Ketua Ekonomi & Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Sdn Bhd) – Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi

Keuntungan MTM kebanyakannya disebabkan oleh turun naik kadar pertukaran asing.

Profesor Ekonomi Malaysia University of Science and Technology (MUST) Geoffrey Williams berkata keputusan separuh pertama 2023 KWSP adalah sangat kukuh, gabungan pengurusan mantap, hasil pulangan permodalan pantas dan beberapa pelarasan teknikal yang berkesan.

Kadar Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi
Geoffrey Williams (Profesor Ekonomi Malaysia University of Science and Technology (MUST) ) – Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi

menurutnya, walaupun prestasi separuh kedua 2023 adalah sejajar dengan tahun lepas, pulangan keseluruhan harus lebih kukuh. Justeru, prospek dividen kelihatan positif dan ia diunjurkan lebih baik daripada 5.35 peratus pada 2022.

KWSP merekodkan ahli aktif yang tinggi, pemulihan ekonomi berada pada landasan betul

KWSP mencatatkan 8.47 juta ahli aktif, paras tertinggi setakat separuh pertama 2023, ia menunjukkan pemulihan ekonomi berada di landasan yang betul dengan lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan, kata Mohd Afzanizam.

“Ini dicerminkan dalam penurunan kadar pengangguran daripada 3.6 peratus pada Januari 2023 kepada 3.4 peratus pada Jun 2023. Ia turut menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima pendapatan tetap daripada pekerjaan mereka yang kemudian diterjemahkan kepada sumbangan yang lebih tinggi daripada ahli,” katanya.

Sementara itu, Williams berkata peningkatan ahli aktif adalah disebabkan oleh orang ramai yang cuba mengaktifkan semula akaun mereka selepas pengeluaran dan juga disebabkan langkah KWSP dalam meningkatkan kesedaran mengenai krisis persaraan.

“KWSP juga merupakan salah satu pelaburan terbaik dengan pulangan tetap antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus berbanding deposit tetap pada hampir 3.0 peratus. Ia juga meluaskan produk dan perkhidmatannya kepada ahli dan aplikasi dalam talian baharunya membantu ahli menjejaki pelaburan mereka dengan lebih aktif,” katanya.

Skim persaraan bukan caruman dengan Malaysian Superfund baharu

Pada separuh pertama 2023, KWSP mencatatkan pertumbuhan 36 peratus dalam pencarum sukarela kepada 535,307 daripada 393,966 setahun yang lepas, jumlah caruman terkumpul ialah RM3.93 bilion, meningkat 46 peratus daripada RM2.70 bilion terkumpul dalam tempoh yang sama setahun lepas.

KWSP juga sedang aktif menghubungi majikan untuk menggalakkan mereka mempertimbangkan untuk mencarum lebih daripada 12 peratus, atau 13 peratus untuk pekerja yang berpendapatan RM5,000 sebulan atau ke bawah.

Williams berkata kerajaan harus mempertimbangkan skim persaraan bukan caruman dengan Malaysian Superfund baharu, ia boleh dikendalikan oleh KWSP memandangkan rekod prestasi mereka yang sangat kukuh dan berjaya.

“Pendekatan kepada majikan adalah berniat baik tetapi mungkin ia tidak mendapat perhatian serius. Majikan tidak mahu menaikkan caruman KWSP mereka terutamanya apabila kos gaji mereka akan meningkat disebabkan tahap minimum dan gaji progresif yang akan dilaksanakan pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata kempen sebegini akan menggalakkan celik kewangan yang lebih baik, satu langkah positif yang boleh membantu ahli untuk mengharungi kesulitan sekiranya berlaku pada masa hadapan.

“Oleh itu, kita tidak seharusnya menggunakan strategi yang berat sebelah. Saya tidak pasti mewajibkannya akan menyelesaikan masalah. Isu asas adalah berhemat dalam pengurusan kewangan dan menyedari ancaman yang berpotensi wujud daripada penipuan kewangan,” katanya.

SUMBER: BERNAMA (Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.