Bantuan RM150 BAP Januari 2024

Pada akhir tahun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa bantuan RM150 BAP akan diteruskan iaitu dengan jumlah sama seperti tahun lalu RM150.

Pada pengumuman Belanjawan Negara 2024 pada Oktober tahun lau, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM788,130,000 khusus untuk tujuan bantuan RM150 BAP sahaja.

Bantuan ini memfokuskan meringankan bebanan ibu bapa yang setiap kali awal persekolahan pasti berbelanja lebih demi memenuhi keperluan anak-anak.

Seramai 5.25 juta murid akan menikmati bantuan secara one-off RM150 BAP ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Dan setiap murid hanya akan mendapat bantuan ini sekali sahaja untuk setahun persekolahan sesi 2024.

Tarikh bayaran RM150 BAP

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) Bantuan BAP RM150 akan disalurkan bermula bulan Januari 2024 melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Pihak sekolah akan mengagihkan bayaran tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh pihak sekolah dan pengagihan akan dibuat secara berperingkat.

Kebiasaannya bantuan ini akan mula diagihkan pada minggu pertama persekolahan anak-anak agar membolehkan ibu-bapa membuat persiapan persekolahan lebih awal.

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Syarat Kelayakan RM150 BAP

Bantuan BAP RM150 akan diterima kepada murid yang mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Murid berwarganegara Malaysia
  • Murid dari tahun 1(sekolah rendah) sehingga tingkatan 5(sekolah menengah)
  • Murid sekolah rendah sehingga murid sekolah menengah atau yang setaraf bagi sesi persekolahan 2024
  • Murid yang bersekolah di
    • Sekolah Rendah Kebangsaan(SK)
    • Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan(SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta yang berdaftar dibawah Kementerian
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Jumlah Bayaran BAP?

Jumlah bayaran ialah sebanyak RM150 secara one-off kepada kira-kira 5.2 juta murid seluruh negara.

Cara Bayaran Bantuan BAP

Bantuan RM150 BAP secdara one-off ini akan disalurkan ke Kumpulan Wang Kerajaan(KWK) sekolah dan pihak sekolah akan mengagihkan wang bantuan terus kepada murid yang layak atau dikreditkan ke dalam akaun masing-masing

Cara Memohon Bantuan BAP

Untuk bantuan ini, tidak perlu membuat sebarang permohonan dan tidak ada borang yang perlu diisi.

Untuk makluman, bantuan ini merupakan kesinambungan dari bantuan yang sama pada tahun ini dengan jumlah yang sama pada tahun hadapan iaitu RM 150.

Bantuan RM150 BAP 2024
Bantuan RM150 BAP 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.