Bantuan Tambahan STR 2023 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Bantuan Tambahan STR 2023 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Bantuan Tambahan STR 2023 – Tahukah anda? Terdapat bayaran tambahan yang diberikan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2023 yang layak.

Bantuan ini diberikan secara berfasa selama enam bulan dan akan dikreditkan ke dalam MyKad

Bantuan ini diberikan dengan syarat-syarat tertentu agar sasarannya tepat kepada mereka yang memerlukan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan STR 2023.

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Anda Mungkin Berminat:

Bantuan Tambahan STR 2023

Bantuan Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.

Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.

Berikut adalah Infografik Bantuan Tambahan

Bantuan Tambahan RM600 STR Fasa 4 : Syarat Permohonan & Semakan Status
Bantuan Tambahan STR 2023

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan

  • Pembayaran Bantuan Tambahan akan dibayar secara berperingkat pada setiap bulan selama enam bulan
  • Bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima
Tarikh BantuanJumlah Bayaran
Julai 2023RM100
Ogos 2023RM100
September 2023RM100
Oktober 2023RM100
November 2023RM100
Disember 2023RM100
Bantuan STR Tambahan RM600: Tarikh Bayaran & Syarat Kelayakan

Semakan Status Bantuan Tambahan

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan ini boleh layari laman web di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang layak terima SARA?

Kadar SARA berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
– Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
– Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan RM600?

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.

Cara membuat semakan status Bantuan Tambahan?

Semakan Status STR fasa 4 boleh dibuat di laman web STR