BANTUAN PERUMAHAN GAJI SERENDAH RM1,000

BANTUAN PERUMAHAN GAJI SERENDAH RM1,000

Berita baik bagi seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergaji serendah RM1,000, satu skim yang telah diperkenalkan oleh kerajaan membolehkan anda memiliki sebuah rumah sendiri melalui inisiatif kerajaan iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Kerajaan dalam Belanjawan 2023 telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 Billion sebagai bantuan perumahan kepada rakyat Malaysia sebagai langkah membantu pembeli rumah pertama yang mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar ansuran bulanan.

Bantuan Perumahan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sebagai bantuan perumahan bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti :

  • pekerja ekonomi gig dan bebas
  • pemilik perniagaan
  • peniaga
  • usahawan kecil

yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan gadai janji.

Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga RM500,000.00

bantuan perumahan

Anda Mungkin Berminat:

Syarat Kelayakan Bantuan Perumahan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan bantuan perumahan SJKP:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Cara Membuat Permohonan Bantuan Perumahan SJKP

Permohonan bantuan perumahan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan (IKP) yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

Insititusi kewangan yang terlibat:

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Proses Skim Jaminan:

  • Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP
  • IKP yang terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak
  • Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada SJKP bagi jaminan pembiayaan
  • SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
  • Institusi kewangan akan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berja mendapatkan jaminan daripada SJKP
  • Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Dokumen Diperlukan:

  • Perjanjian asal jual beli / borang tempahan / resit bayaran muka
  • Penyata akaun bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
  • Cukai pendapatan / Penyata KWSP terkini
  • Surat pengesahan pekerjaan
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Surat pengesahan majikan (jika ada)
  • Lesen perniagaan atau kad pendaftaran Nelayan atau permit teksi (yang mana berkenaan)
  • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SJKP anda boleh layari laman web SJKP di https://www.sjkp.com.my/

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah skim ini untuk Bumiputera sahaja?

Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Saya berniaga sendiri dengan pendapatan purata bulanan sebanyak RM1,400 dan tidak mempunyai slip gaji bulanan. Adakah saya boleh memohon pinjaman perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.

Saya berniaga sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Isteri saya pula bekerja sebagai kerani di sebuah firma guaman dan mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Adakah kami layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

Ya. Permohonan bersama (oleh suami dan isteri) boleh dilakukan.

Berapa lamakah tempoh pembayaran pembiayaan?

Tempoh pembiayaan ialah sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).

Usia saya telah mencecah 55 tahun. Oleh itu tempoh pembayaran pembiayaan hanya tinggal 10 tahun. Bolehkah pembiayaan dibuat bersama dengan anak supaya tempoh pembayaran pembiayaan dapat dipanjangkan?

Pembiayaan 2 generasi boleh dilakukan untuk memanjangkan tempoh pembayaran. Tempoh pembayaran akan dikira berdasarkan usia anak dan dengan syarat umur anak hendaklah sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan. Namun, ianya bergantung kepada syarat khusus yang dikeluarkan oleh pihak institusi kewangan.

Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini hanya tertakluk kepada rumah-rumah yang dibina oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan / Kerajaan Negeri sahaja?

Tidak. Skim ini juga terbuka kepada pembelian rumah kediaman daripada pemaju swasta.

Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan tertakluk kepada rumah yang baru dibina sahaja?

Skim Jaminan Kredit Perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

Saya telah mempunyai sebuah rumah kos rendah dan berhasrat untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan semula. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan bagi tujuan pembiayaan semula.

Saya berniaga sendiri dan bercadang membeli sebuah rumah kedai untuk tujuan perniagaan. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini?

Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan ini adalah khusus untuk pembelian rumah kediaman sahaja.

Saya merupakan seorang peniaga dan berhasrat membeli sebuah kondominium. Adakah saya layak untuk memohon di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk diduduki, tertakluk kepada pembiayaan maksima RM500,000.

Saya mempunyai sebidang tanah dan bercadang untuk mendirikan sebuah rumah di atas tanah tersebut. Adakah saya layak memohon pembiayaan perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi membiayai pembinaan rumah tersebut?

Tidak. Buat masa ini Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah.

Adakah saya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu untuk menjual rumah yang telah dibeli di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan?

Pihak SJKP tidak mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas pemohon. Akan tetapi, pemohon haruslah mematuhi / memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.

Saya berminat untuk memohon pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini. Adakah saya perlu membuat permohonan di pejabat SJKP?

Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

Di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, berapakah caj / yuran yang harus dibayar oleh peminjam kepada pihak SJKP?

Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP kepada peminjam.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.