Cara Renew Lesen Memandu Online Tahun 2023

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE TAHUN 2023

Tahukah anda, kini anda boleh renew lesen anda tanpa anda perlu keluar rumah, dan beratur panjang menunggu giliran untuk dilayan di kaunter JPJ atau Pejabat POS.

Dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat mengikut perkembangan dunia, hampir semua perkara sudah boleh dilakukan di hujung jari anda sahaja dan perkara ini termasuklah dalam melakukan pembaharuan lesen.

Berikut kami kongsikan cara untuk renew lesen memandu online

Anda Mungkin Berminat:

Cara Renew Lesen Memandu Online

Berikut dikongsikan cara untuk renew lesen memandu online:

Langkah 1

Layari laman web MySikap JPJ di https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

Kemudian masukkan:

  • Individu atau Syarikat
  • ID pengguna (nombor IC)
  • Masukkan kata laluan
  • Kod sekuriti adalah aksara yang dipaparkan dalam kotak di bawah
  • Tekan Log Masuk
Cara Renew Lesen Memandu Online

Langkah 2

Pergi ke menu utama dan klik pada bahagian ‘Lesen Memandu’

Cara Renew Lesen Memandu Online

Kemudian pilih menu seterusnya iaitu ‘Pembaharuan Lesen Memandu’

Cara Renew Lesen Memandu Online

Langkah 3

Kemudian anda akan dibawa ke laman Carian, setelah itu:

  • Silah pilih ‘Jenis Lesen’
  • Dan pilih ‘Tempoh’ (minimum 1 tahun sehingga maksimum 10 tahun)
Cara Renew Lesen Memandu Online

Setelah itu klik butang ‘Cari’

Langkah 4

Kemudian paparan maklumat lesen berserta jumlah bayaran akan dipaparkan

Harga RM30 Setahun untuk kelas B2 dan D.

Cara Renew Lesen Memandu Online

Dekat sini juga akan ada pilihan ‘Gambar”.

Pengguna boleh menukar gambar sedia ada tetapi kena hadir ke Pejabat JPJ untuk mengambil gambar

Langkah 5

Pilih kaedah pembayaran. Pengguna boleh menggunakan Kad Kredit atau FPX iaitu online banking

Kemudian klik ‘Bayar’. Pastikan anda ‘disable popup blocker’

Selepas transaksi berjaya, anda akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis ‘sila ambil lesen anda di JPJ’

Anda juga boleh mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang ‘Cetak Lesen Memandu e-LM’

Cara Renew Lesen Memandu Online

Langkah 6

Untuk dapatkan lesen digital, buka aplikasi MyJPJ > Profil > klik butang ‘Jana Semula’

Cara Renew Lesen Memandu Online

Cara Daftar MyJPJ

Bermula 1 Ogos 2023, pihak JPJ tidak akan mengeluarkan roadtax fizikal lagi.

Disk roadtax yang sedia ada akan dihabiskan dahulu dan selepas itu roadtax digital akan dijalankan secara menyeluruh.

Pastikan anda muat turun aplikasi MyJPJ bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.

Anda boleh rujuk infografik di bawah untuk mendaftar di aplikasi MyJPJ

Cara Daftar MyJPJ
Cara Daftar MyJPJ

Inisiatif Baharu

Beberapa bulan yang lepas, Menteri Pengangkutan Malaysia, telah mengumumkan satu inisiatif baharu daripada pihak kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat iaitu berkenaan pembaharuan lesen selama 10 tahun.

Inisiatif ini hanya boleh diperoleh jika anda menggunakan laman web MySikap atau terus ke kaunter JPJ untuk melakukan pembaharuan lesen.

Kerajaan telah melakukan perkara ini dengan kadar FI pembaharuan istimewa iaitu dengan diskaun 10% bagi tempoh 10 tahun, menjadikan harga yang perlu anda bayar bagi pembaharuan lesen tersebut adalah sebanyak RM270 sahaja.

Selain itu, kerajaan juga akan membenarkan pembaharuan lesen memandu yang tempoh sah lakunya telah tamat tempoh mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja, dan perkara ini berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja.

Inisiatif ini di ambil oleh pihak kerajaan kerana memikirkan pemandu-pemandu yang terlepas peluang untuk memperbaharui lesen mereka di sebabkan wabak Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini.

Diharapkan dengan inisiatif yang di ambil kerajaan ini, ia dapat membantu dalam meringankan beban masyarakat di Malaysia.

Inisiatif Baharu

Maklumat Lanjut Renew Lesen Memandu Online

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai cara renew lesen memandu online, anda boleh menghubungi JPJ di talian 03-8000 8000 atau boleh layari laman rasmi JPJ untuk maklumat tambahan.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.