Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Lengkap

Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Lengkap

Hukum menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri adalah sunat Muakad iaitu sunat yang dituntut. Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Rasulullah SAW wafat.

Begitu juga para sahabat Rasulullah SAW meneruskan sunat solat dipagi hari raya.

Berdasarkan hadis daripada Abi Sa’id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyariatkan secara berjemaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang merdeka atau hamba kecuali perempuan yang menghiasi diri atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.

Tata cara Solat Hari Raya Aidilfitri

1. NIAT

Niat bagi solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah :
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Ta’ala.

Cara Solat Hari Raya Aidilfitri
Cara Solat Hari Raya Aidilfitri

2. TAKBIR

Takbir pada solat Hari Raya adalah sebanyak 7 kali tidak termasuk takbiratul ihram pada rakaat pertama. Dan sebanyak 5 kali pada rakaat kedua.

Selepas mengangkat takbiratul ihram, sunat membaca doa iftitah. Dan selepas selesai membaca doa iftitah imam akan mengangkat 7 kali takbir diselangi dengan tasbih.

Doa iftitah :

Ini pula bacaan tasbih. Baca tasbih adalah dibaca selepas imam mengangkat takbir.

TRENDING SEKARANG
Cairkan Daging Cepat – 3 Cara Terbukti Berkesan

CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI : Panduan Rasmi Dari JAKIM

Cara Solat Hari Raya Aidilfitri
Cara Solat Hari Raya Aidilfitri

Berikut dikongsikan panduan melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah atau berseorangan di masjid, surau atau di rumah.

Rakaat Pertama

1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَ
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

2. Membaca doa iftitah

3. Lafaz takbir tujuh kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)

Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar)

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 

3. Membaca surah al-Fatihah

4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

6. Memberi salam

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.