Bantuan Tambahan STR RM100 Kepada Penerima STR Fasa 2

Bantuan Tambahan STR RM100 Kepada Penerima STR Fasa 2

Bantuan Tambahan STR Fasa 2 yang dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah(STR) sebanyak RM1200 maksimum selama setahun.

Bantuan yang diperkenalkan ini adalah Sumbangan Asas Rahmah(SARA). Penerima bantuan SARA akan mendapat wang tunai melalui kad pengenalan(IC) dalam tempoh selama setahun.

Menurut Kementerian Kewangan, mulai tahun ini tahun 2024, semua penerima STR akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun lalu.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Untuk tahun 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk makluman SARA adalah bantuan yang diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan.

Kadar bantuan SARA juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.

Melalui inisiatif SARA ini, penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai sebanyak RM100 selama 12 bulan secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.

Bantuan Tambahan STR Fasa 2 Mulai Dilaksanakan
Bantuan Tambahan STR Fasa 2 Mulai Dilaksanakan
Bantuan Tambahan STR RM100 Kepada Penerima STR Fasa 2

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan tambahan str :

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan Tambahan STR

Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dikreditkan Bermula 22 Januari 2024

Semakan Status Bantuan Tambahan STR Melalui Portal MyKasih

Semakan status kelayakan SARA boleh disemak di Portal Rasmi STR dan mekanisme pelaksaan SARA boleh dirujuk di portal mykasih di sini https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Bantuan Tambahan STR?

Bantuan Tambahan STR adalah bantuan SARA yang diberikan kepada penerima STR yang layak dan tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM

Berapakah Jumlah Bantuan SARA?

Kadar bantuan SARA berbeza mengikut kategori kelayakan. Minimum RM150 sehingga maksimum RM1,200

Bilakah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Akan Disalurkan?

Bantuan akan disalurkan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.