Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Tahukah anda? Anda boleh menuntut bantuan tambahan RM1000 terutamanya bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bantuan tambahan ini dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional(BSN).

Bantuan ini dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK)

Bagi yang tidak tahu, bantuan ini boleh dituntut sekiranya berlaku kematian ke atas penerima STR ataupun pasangan penerima yang telah meninggal dunia.

Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah

Bantuan tambahan RM1000 buat penerima STR adalah Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Khairat Kematian. Skim ini merupakan bantuan pengurusan kematian.

Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Skim ini boleh dimohon bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Tambahan Ini?

Mereka yang layak menerima RM1000 tambahan ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2024.

Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Kategori yang layak menuntut RM1000 tambahan

Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Cara Mohon Dan Syarat Kelayakan

Penting

Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang Skim Khairat Kematian(SKK) atau RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.

Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:  

  1. Pasangan 
  2. Ibu 
  3. Bapa 
  4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat) 
  5. Adik-beradik 
  6. Cucu

Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris yang berumur 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang diperlukan untuk tuntut Bantuan Tambahan RM1000

Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :

  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.

Semakan Status STR

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment