Permohonan Rumah PPR 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Permohonan Rumah PPR 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Rumah PPR atau lebih dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat adalah sebuah program untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah sebuah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. 

Semua rumah dibawah program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2)

Berikut dikongsikan maklumat terperinci dan cara untuk membuat permohonan.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Rumah PPR 2024 (Program Perumahan Rakyat)

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kategori dalam Program Perumahan Rakyat (PPR):

PPR Disewa

  • Bayaran RM124 sebulan

PPR Dimiliki 

  • RM35,000 seunit (Semenanjung Malaysia)
  • RM42,000 seunit (Sabah dan Sarawak)

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Rekabentuk & Ciri-Ciri Rumah PPR

Berikut adalah rekabentuk dan ciri-ciri rumah PPR:

  1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 6 hingga 18 tingkat
  2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  3. Keluasan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  4. Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai
    • Surau / Ruang Solat
    • Gerai Makan / Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan / Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat Kelayakan Permohonan rumah PPR

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan rumah PPR:

  • Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Rumah PPR : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan Tahun 2023

Cara Membuat Permohonan Program Perumahan Rakyat

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri di laman web KPKT.

Bagi permohonan secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my

Cara Daftar Melalui Portal TEDUH

1. Daftar Portal Teduh

  • Layari Portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
  • Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN
  • Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.

2. Aktifkan Akaun & Log Masuk

  • Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
  • Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.

3. Pilih Skim

  • Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
  • Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
  • Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
  • Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.

Nota:

Anda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

4. Masukkan Maklumat Pemohon

  • Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
  • Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.

5. Pilih Projek

  • Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
  • Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri.
  • Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
  • Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.

6. Muatnaik Dokumen Sokongan

  • Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
  • Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.

7. Pengesahan & Hantar

  • Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
  • *Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.
Rumah PPR : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan Tahun 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan PPR, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:

Skim PPR

  • 03-8891 4052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
  • 03-8891 4278 (Kuala Lumput, Sabah, Sarawak)
  • 03-8891 4028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Teknikal / Masalah Sistem

Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta

  • Telefon: 03-8891 4200

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment