Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Mengikut Bank

Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Mengikut Bank

Bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana-rendah dalam menangani peningkatan kos sara hidup, Kerajaan telah menambah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20% kepada RM1.5 Bilion berbanding RM1.26 Bilion pada tahun lepas.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 2 2024 mengikut kategori.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 2:

Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500

Bilangan AnakJumlah STR 2024
0 AnakRM150
1 – 2 AnakRM300
3 – 4 AnakRM500
> 5 AnakRM650

Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

Bilangan AnakJumlah STR 2024
0 AnakRM100
1 -2 AnakRM200
3 – 4 AnakRM250
> 5 AnakRM350

Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun

Jumlah STR 2024RM150

Bujang Berpendapatan < RM2,500 (Berumur 21 – 59 Tahun)

Jumlah STR 2024RM100
RASMI : STR Fasa 2 Telah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat
RASMI : STR Fasa 2 Telah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Mengikut Bank

Senarai BankMasa
BSNSelepas 6:00 Petang
CIMBSelepas 9:00 Malam
MAYBANKSelepas 10:00 Malam
BANK RAKYATSelepas 8:00 Malam
RHB BANKSelepas 9:00 Malam
BANK ISLAMSelepas 9:00 Malam
AFFIN BANKSelepas 8:00 Malam
AGRO BANKSelepas 8:00 Malam
Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Mengikut Bank

Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2024

  • Pembayaran STR 2024 Fasa 2 akan dibayar secara berperingkat pada 3 April 2024
  • Seperti biasa, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima awal sehari sebelum tarikh diumumkan.
  • Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talian dan borang kertas)
  • Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 2 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Membuat Semakan Status STR Fasa 2 2024

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

  • Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi Semakan STR di PlayStore
  • Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566
  • Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang layak menerima STR?

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bilakah Permohonan STR 2024 akan dibuka?

Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023

Bilakah tarikh permohonan dan pembayaran STR?

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti di dalam jadual

Bagaimanakan kaedah bayaran STR 2024 dilakukan?

Kredit ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.