Tarikh Akhir Pos Barang Yang Dibeli Di Shopee Sebelum Raya 2024

Tarikh Akhir Pos Barang Yang Dibeli Di Shopee Sebelum Raya 2024

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi dan memandangkan ia adalah cuti umum kebangsaan, seperti biasa, semua syarikat penghantaran ekspres domestik akan bercuti semasa tempoh tersebut.

Baru-baru ini, Shopee telah mengumumkan tarikh akhir bagi penghantaran barang-barang yang dibeli di platform itu sebelum hari raya.

Baca Juga:

Tarikh Akhir Pos Barang Dari Shopee

Menurut laman web Shopee, Cut-Off Date merupakan hari terakhir pengeposan barang bagi memastikan bungkusan pesanan dapat diterima oleh pembeli sebelum hari raya.

Berdasarkan infografik dari Shopee, terdapat sembilan saluran penghantaran syarikat ekspres yang dinyatakan tarikh akhir pengeposan bagi membolehkan bungkusan diterima sebelum raya.

Berikut adalah tarikh akhir pos barang mengikut kurier.

Info Penuh Tarikh Akhir Pos Barang Boleh Rujuk DI SINI

1. SPX Express & Ninja Van

Hari terakhir pengeposan barang bagi SPX Express adalah pada 5 April 2024 untuk Semenanjung Malaysia, manakala bagi Sabah dan Sarawak pula pada 2 April 2024.

Tarikh ini sama seperti tarikh terakhir pengeposan barang syarikat ekspres, Ninja Van.

2. J&T Express Malaysia

Seterusnya, tarikh akhir pengeposan kurier J&T Express Malaysia pula adalah 6 April (Semenanjung Malaysia) dan 2 April 2024 (Sabah & Sarawak).

3. Pos Laju

Manakala untuk Poslaju pula, tarikh akhir penghantaran bungkusan dalam Semenanjung adalah pada 9 April dan 2 April untuk Sabah & Sarawak.

4. DHL

Untuk syarikat kurier DHL pula, tarikh akhir yang ditetapkan adalah 4 April untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia, manakala 2 April untuk penghantaran di Sabah & Sarawak.

5. Flash Express

Flash Express menetapkan tarikh akhir penghantaran bagi Semenanjung Malaysia pada 4 April dan Sabah & Sarawak pula pada 1 April.

6. POS MALAYSIA, J&T Cargo, BEST CARGO

Tarikh akhir penghantaran bagi perkhidmatan POS MALAYSIA, J&T Cargo dan BEST CARGO di Semenanjung Malaysia adalah pada 9 April 2024.

Tiada maklumat dinyatakan berkenaan tarikh akhir penghantaran bagi Sabah & Sarawak untuk ketiga-tiga perkhidmatan tersebut.

Tarikh Akhir Pos Barang Yang Dibeli Di Shopee Sebelum Raya
Sumber Foto : Shopee (Tarikh Akhir Pos Barang Yang Dibeli Di Shopee Sebelum Raya)

Oleh itu, pembeli disarankan untuk membuat pesanan barang lebih awal.

Hal ini kerana bagi memastikan penjual dapat melakukan pengeposan barang pada tarikh yang ditetapkan untuk diterima sebelum hari raya.

SUMBER : Shopee

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.