Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1500 Sempena Perayaan Aidilfitri

Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1500 Sempena Perayaan Aidilfitri

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan khas itu juga akan memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun negeri.

BACA JUGA : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024

Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1500 Dibayar Sebelum Perayaan

Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1500 Sempena Perayaan Aidilfitri
Sumber Foto : MalaysiaGazette

Menurutnya, bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memaklumkan kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk menimbal guna bayaran insentif awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun 2024.

“SSPA diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan badan berkanun negeri.

“BIA Kajian SSPA tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah, manakala RM1,000 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas,” katanya dalam kenyataan pada Khamis lalu.

Tambah Onn Hafiz, timbal guna BIA Kajian SSPA tahun 2024 akan memanfaatkan seramai 17,704 kakitangan awam.

“Kerajaan negeri berharap pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya dan Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun 2024 ini dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti

“Seterusnya dapat memacu Johor ke satu tahap yang lebih baik demi kesejahteraan Bangsa Johor,” ujarnya.

SUMBER : BERITA HARIAN (Bantuan Khas Aidilfitri Setengah Bulan Gaji)

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.