Duit Lesap Selepas Daftar PADU ? Ini Penjelasannya!

Duit Lesap Selepas Daftar PADU ? Ini Penjelasannya!

Penjelasan Mengenai Duit Lesap Selepas Mendaftar PADU

KUALA TERENGGANU: Orang ramai diminta untuk membuat semakan dengan saluran rasmi kerajaan sebelum menyebarkan sebarang maklumat berhubung dakwaan berlakunya kehilangan wang selepas membuat pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Kementerian Ekonomi dalam kenyataan melalui platform X pada Khamis menjelaskan, maklumat itu mendakwa kejadian itu berlaku kepada guru sekolah di Terengganu dan ditularkan melalui media sosial Facebook dan aplikasi mudah alih, WhatsApp.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

“Sekiranya anda menerima mesej seperti gambar yang tertera, maklumat tersebut adalah palsu. Selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis berkenaan isu tersebut di Terengganu.

Duit Lesap Selepas Daftar PADU ? Ini Penjelasannya!
Mesej tular yang dikongsikan mendakwa berlaku kes kehilangan wang melibatkan guru di daerah Dungun.

“Tiada juga sebarang aduan berkenaan isu tersebut di dalam sistem aduan kerajaan (SISPAA)

“Berhati-hati dan semak dengan saluran rasmi kerajaan sebelum berkongsi apa-apa maklumat daripada sumber tidak rasmi,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, isu berkenaan telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan perkongsian sama, mesej tular tersebut mendakwa kes kehilangan wang itu berlaku kepada guru di daerah Dungun di mana kerugian dikatakan mencecah sehingga RM1,000.

SUMBER: Sinar Harian

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.