Pengesahan Identiti PADU Gagal? Ikuti 3 Langkah Ini

Pengesahan Identiti PADU Gagal? Ikuti 3 Langkah Ini

Ramai rakyat yang telah cuba untuk mendaftar PADU namun gagal. Terutamanya masalah error 100 ketika langkah pengesahan identiti diri di dalam sistem PADU.

Masalah ini biasanya terjadi ketika membuat pengesahan KYC online. Terdapat 3 langkah yang anda boleh lakukan sekiranya berlaku masalah pengesahan identiti anda.

Pengesahan Identiti PADU Gagal? Ikuti 7 Langkah Ini

Langkah 1

Sekiranya anda mendaftar PADU melalui telefon pintar anda, anda kenalah mengemaskini sistem perisian telefon anda kepada perisian yang terkini.

Untuk pengguna telefon android, sila kemaskini sistem android anda kepada sistem Android 14. Sistem Android 14 telah pun sedia untuk dimuat turun sejak Oktober tahun lalu lagi.

Sila ke Settings/tetapan ditelefon anda, kemudian klik pada bahagian System dan tekan Update System.

Kepada pengguna Iphone pula, sila ke Settings, dan klik pada General dan cari Software Updates. Kemaskini telefon anda kepada IOS yang paling terkini iaitu IOS 17.

TENGAH TRENDING:—————————
Bantuan RM100 Ibu Tunggal & Suri Rumah Mulai DiKredit

Langkah 2

Sila kemaskini/update aplikasi browser anda kepada versi yang paling terkini. Browser yang terbaik untuk mendaftar PADU adalah browser Chrome daripada syarikat Google. Ini termasuklah bagi pendaftaran melalui komputer.

Anda juga perlu pastikan, browser anda bukan dalam mode private. Ini kerana mood private tidak akan menyimpan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran.

TENGAH TRENDING:—————————
Duit Lesap Selepas Daftar PADU ? Ini Penjelasannya

Langkah 3

Sebelum membuat pendaftaran, sila pastikan anda telah clear cache pada browser anda. Fungsi cache adalah menyimpan data-data ringkas di dalam telefon anda, agar penggunaan lebih lancar tanpa loading yang lama.

Namun, sekiranya cache terlalu banyak, ruang memori telefon pintar juga akan penuh. Dan maklumat penting tidak dapat disimpan.

Buat seperti gambar di bawah ini :

Setelah selesai membuat 3 langkah mudah ini, anda bolehlah buat pendaftaran semula identiti PADU anda di https://padu.gov.my/auth/daftar

IKUTI TELEGRAM RASMI : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.