![e-Pemula 2022: Permohonan Bantuan RM150 Seorang Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan akan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Untuk makluman anda, lebih 2 juta akan menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukkan 300 juta ringgit. Berikut dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan bantuan ini.](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFLQ2TXqtzgaS6kSd35UhxipibowxMl_mGrwWx3tYj39XTT52w2Vb2JjXBTqzEQiaOHZA61ZzfQ8ZMmHhBraI0al8O1F2lHxgAo6KdahARcwtnTbNIh11TU_Qi4mKlbv6n3T-4yGI2HL87KrV-yjQOzqSQkLmcuzkyWp_SqdZXPLckN-QfTBgoxlLEpQ/s16000/cara%20tebus%20epemula%20150%20(1).png)
Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan akan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Untuk makluman anda, lebih 2 juta akan menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukkan 300 juta ringgit.
Berikut dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan bantuan ini.
Jumlah Bantuan e-Pemula
Sebanyak RM150 secara one-off akan diberikan kepada golongan belia yang layak melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai.
e-Dompet Atau e-Wallet Yang Terlibat Dalam e-Pemula
Buat masa ini, tiada diumumkan lagi rangkaian e-wallet yang terlibat. Akan tetapi jika dilihat pada tahun 2021, penebusan program ebelia pemerkasa telah dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi e-wallet berikut:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
- Big Pay
JOIN TELEGRAM RASMI: t.me/blogrojak
Syarat Kelayakan e-Pemula
Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini:
- Warganegara Malaysia
- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Tarikh & Cara Membuat Permohonan e-Pemula
Permohonan dan penebusan e-Pemula adalah pada tanggal 11 April 2022.
Manakala, cara untuk membuat penebusan adalah sama seperti program e-Pemula 2021 yang memerlukan verifikasi kad pengenalan di aplikasi e-Dompet atau e-Wallet yang anda inginkan
Kami dari Blog Rojak akan memberi info dari semasa ke semasa.
MCM MNA NK DPT KAN