eMadani RM100 : Ramai Yang Tidak Dapat Tebus ~ Ini Sebabnya

eMadani RM100 : Ramai Yang Tidak Dapat Tebus ~ Ini Sebabnya

Bantuan eMadani RM100 sudah boleh dituntut bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2023. Bantuan ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’

Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya kenapa dan sebab mengapa permohonan tidak lulus ataupun tidak berjaya.

Berikut kami kongsikan sebab mengapa permohonan eMadani anda tidak berjaya.

Mengapa Tuntutan eMadani Tidak Berjaya?

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntutan anda tidak berjaya:

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
  • Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
  • Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
  • Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.
eMadani RM100 : Ramai Yang Tidak Dapat Tebus ~ Ini Sebabnya

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Layak Atau Tidak Membuat Tuntutan eMadani?

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam e-dompet tersebut.

Sebab permohonan anda tidak berjaya juga akan diberitahu.

Syarat Kelayakan Bantuan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Mengapa Permohonan eMadani Lambat Diluluskan?

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

Syarat Penggunaan Kredit eMadani RM100

Anda boleh menggunakannya untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Akauan Akan Kena Sekat Jika Pindah Kredit eMadani

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Ujar kementerian tersebut, program eMadani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” kata kementerian itu pada Isnin.

Menurut kementerian itu, kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit dan perniagaan di seluruh negara,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihati untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit mereka.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada perbuatan tersebut,” katanya.

eMadani iaitu tawaran kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai hari ini hingga 20 Februari depan.

Ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Sumber: SINAR HARIAN

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.