Gaji RM2000, Elaun RM500 Dan Kenaikan Tahunan RM100

Gaji RM2000, Elaun RM500 Dan Kenaikan Tahunan RM100

KUALA LUMPUR: Kerajaan atau pihak berkuasa agama perlu menyelaraskan atau mewujudkan skim gaji khusus kepada imam, bilal dan siak di seluruh negara bagi menyanjungi kedudukan golongan berkenaan.

Aktivis masyarakat, Mohd Fadli Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli Salleh, berkata sekiranya skim gaji khusus dilaksanakan ia perlu ada kenaikan tahunan serta elaun.

“Slip gaji yang diperakui juga perlu diberi kepada imam, bilal dan siak supaya golongan berkenaan dapat menguruskan kehidupan mereka seperti membuat pinjaman pembelian rumah, kereta dan lain-lain.

“Skim gaji khusus berkenaan juga boleh dibayar terus oleh Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Gaji Imam RM2,000, Elaun Pelbagai RM500, Kenaikan Tahunan RM100

Mohd Fahdli berkata, sebagai contoh gaji imam boleh diberi sebanyak RM2,000, elaun pelbagai RM500, kenaikan tahunan RM100 setahun, manakala elaun tambahan minimum RM100 dan maksimum RM500 serta ia diperkira melalui tabung masjid.

Gaji Imam RM2,000, Elaun Pelbagai RM500, Kenaikan Tahunan RM100

“Kita perlu memuliakan pekerjaan yang menjaga agama Allah ini dan berikan mereka (imam, bilal dan siak) hak yang sepatutnya serta sesuai dengan kos sara kehidupan semasa mereka,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata semua Imam Rawatib (Imam 1 dan 2) masjid seluruh negara, menerima bayaran elaun bulanan sebanyak RM850 sebulan.

Beliau berkata, bayaran berkenaan dilunaskan kepada semua imam berkenaan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“JAKIM membayar elaun berkenaan berdasarkan senarai imam yang didaftar serta disahkan kerajaan negeri masing-masing.

“Ada perbezaan jumlah elaun bulanan yang diterima imam kerana ada beberapa kerajaan negeri membuat bayaran tambahan kepada kadar yang dibayar Kerajaan Pusat menerusi JAKIM,” katanya.

Gaji Imam RM2,000, Elaun Pelbagai RM500, Kenaikan Tahunan RM100
GAMBAR HIASAN

Kelmarin, tular di media sosial mengenai seorang imam muda sebuah masjid di Negeri Sembilan, yang mendakwa dirinya tidak mendapat gaji atau elaun yang setimpal.

Pemilik akaun Facebook Amin Sarif, Muhammad Amin Mohamad Sarif, mendedahkan ramai pihak menyangka gaji beliau adalah RM3,000 sebulan, sedangkan hanya tiga angka sahaja dan tidak sampai RM1,000.

Dalam perkongsiannya, beliau mengakui dirinya bukanlah sebahagian bahagian pengurusan masjid berkenaan dan tiada kuasa dalam pentadbiran.

“Saya hanya ditugaskan untuk datang memimpin solat lima waktu berjadual. Saya datang bertugas imam, lepas bertugas saya balik.

“Orang nampak mudah jadi imam. Masuk bertugas waktu solat dan ada banyak masa lapang. Tapi bila hal-hal masjid, orang akan cari imam dulu. Nak buat bacaan yasin tahlil, cari imam. Ada ahli kariah meninggal, cari imam. Ada orang susah perlukan bantuan, cari imam.

“Imam tetap akan cuba memenuhi keperluan kariah, cuma siapa pula yang akan memenuhi keperluan imam?” katanya.

Dalam perkongsiannya juga, beliau mendedahkan, tidak menikmati sebarang manfaat perubatan atau polisi takaful sepanjang empat tahun bertugas sebagai imam, selain daripada elaun RM850 sebulan.

Malah tiada sebarang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan perlindungan caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

SUMBER : Berita Harian

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.