Bantuan Roadtax Percuma Bersyarat 2024

Sejak dari tahun 2022 lagi, satu bantuan dalam roadtax percuma telah pun dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Bantuan roadtax percuma ini telah diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2022 dan terguna pakai sehinggalah sekarang di tahun 2024.

Insentif ini adalah langkah kerajaan bagi memastikan golongan yang selayaknya diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya bagi memastikan tiada dikalangan rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam keperluan asas kehidupan yang serba moden.

Pelan insentif ini telah pun diumumkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalanraya(JPJ).

bantuan roadtax percuma 2024
bantuan roadtax percuma 2024
bantuan roadtax percuma 2024

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Syarat Bantuan Roadtax Percuma

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

  1. Pemohon hendaklah mempunyai lesen memandu
  2. Individu OKU atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah pun berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
  3. Kenderaan tersebut hendaklah didaftar dan dilesenkan atas individu OKU yang memohon
  4. Kenderaan tersebut hendaklah yang telah diubahsuai mengikut kegunaan individu OKU
  5. Jika kereta belum diubahsuai, kenderaan mestilah pemasangan tempatan(CKD) dan kereta buatan tempatan sahaja
  6. Pengecualian juga buat kepada kenderaan yang didaftarkan kepada ibubapa, penjaga, pasangan individu OKU
  7. Hanya terpakai untuk 1 kereta dan 1 motor sahaja
bantuan roadtax percuma 2024

Tarikh Permohonan Bantuan Roadtax Percuma


Permohonan dibuka sejak 15 Mac 2022 yang lalu dan pemohon yang layak untuk pengecualian cukai jalan OKU boleh mula memohon

Info Penting :

Bagi mana-mana pemilik kenderaan yang layak untuk mendapatkan pengecualian cukai jalan tersebut dan telah memiliki lesen kenderaan motor sama ada baharu atau diperbaharui selepas 1 Januari 2022, iaitu sebelum tarikh permohonan bagi kedua-dua pengecualian itu dimulakan, anda boleh serahkan semula LKM anda ke kaunter JPJ dan berhak dibayar dengan rebat

– Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, petikan Sinar Harian dari sumber Bernama.

Cara Mohon Bantuan Roadtax Percuma

Pemohon hendaklah membuat permohonan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) bagi individu OKU yang pertama kali mendaftar dan bawa borang permohonan cukai jalan, dapatkan di sini.

Antara okumen yang perlu dibawa ketika berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) adalah :

1. Salinan asal kad OKU dan salinannya

2. Kad pengenalan beserta salinan

3. Salinan lesen memandu

4. Surat wakil dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan terdekat anda atau Ibu Pejabat JPJ seperti di bawah:

Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

No. Telefon Umum : 03 8000 8000
No. Faks : 03 8881 0194

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.