PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.

Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam PADU.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini.

PADU adalah berlainan dengan program ID Digital Nasional (IDN).

PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Buat masa kini, sistem tersebut menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja.

Pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dilaksanakan kelak.

Objektif & Maklumat PADU

Berikut adalah objektif pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama:

  • Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  • Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  • Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan untuk mencapai matlamat berikut:

  • Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  • Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  • Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Kenapa Perlu Daftar PADU?

Dengan mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan Kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.

Cara Daftar PADU Secara Online

Sistem PADU telah dibuka secara rasmi selepas sesi perasmian YAB Perdana Menteri pada tengah hari 2 Januari 2024. Pautan PADU di https://www.padu.gov.my.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama:

PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

Maklumat Asas:

  • Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP.

Pengesahan Akaun:

  • Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian.

Tetapkan Kata Laluan

  • Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat.

Maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini boleh rujuk infografik di bawah:

PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

Berikut adalah 3 langkah mudah untuk membuat eKYC iaitu proses pengesahan identiti bagi melindungi maklumat individu:

PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

Setelah berjaya mendaftar, anda akan mendapat notifikasi melalui telefon bimbit seperti berikut:

PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

Cara Daftar PADU Secara Manual

Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama:

PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut:

  • Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan
  • Maklumat bank
  • Pendidikan tertinggi
  • Maklumat pekerjaan
  • Maklumat pendapatan
  • Maklumat komitmen
PADU : Sistem Pangkalan Data Utama 2024

INFO TAMBAHAN:

Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan PADU, anda boleh layari laman web PADU atau menghubungi talian hotline berikut:

  • MyGCC : 1-800-88-7720
  • Jabatan Perangkaan Malaysia : 1-800-88-7721
  • Aduan online melalui SISPAA: https://padu.spab.gov.my

Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.